KUALA TERENGGANU 2 April 2013 - Y.A.B Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu telah diberi gelaran sebagai "Bapa Tranformasi Terengganu Anjung Ilmu" dan Y.B Dato' Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Exco Pelajaran Negeri Terengganu pula diberi gelaran sebagai "Pemacu Kecemerlangan Terengganu Anjung Ilmu" oleh warga pendidikan Terengganu sempena Majlis Aprisiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Anjung Ilmu yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak hari ini.
Anugerah dan gelaran tersebut disampaikan oleh En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu yang mewakili warga pendidikan Terengganu. Majlis berkenaan dihadiri oleh lebih kurang lima ribu orang warga pendidikan termasuk Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru seluruh negeri. Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato' Haji Mazlan bin Ngah, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Majlis ini juga satu cara Kerajaan Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri menghargai sumbangan dan dedikasi cemerlang PPD, Pengetua dan guru-guru Sekolah Menengah Terengganu yang meraih kejayaan cemerlang dalam SPM dan STPM. Penghargaan dan aprisiasi yang sama telah diadakan di Wisma Darul Iman pada Mac lepas bagi menghargai kejayaan UPSR dan PMR.
Antara Anugerah yang diperkenalkan ialah PPD Unggul Anjung Ilmu, PPD Lestari Anjung Ilmu, PPD Anjung Ilmu, Sekolah Unggul Anjung Ilmu, Sekolah Anjung Ilmu,Sekolah Lonjakan Anjung Ilmu, Panitia Mata Pelajaran Anjung Ilmu dan hadiah kemuncak Anugerah Anjung Ilmu Menteri Besar Terengganu.SM Imtiaz, Besut telah menerima Anugerah Anjung Ilmu Menteri Besar Terengganu dengan merangkul RM10,000.00 bagi kategori SPM dan SMK A Durian Guling, Marang meraih RM10,000 bagi STPM kategori yang sama.
Y.A.B Menteri Besar dalam ucapannya memaklumkan bahawa kerajaan memperuntukkan lebih 300 juta ringgit Malaysia setahun bagi membangun kecemerlangan pendidikan anak negeri. Peruntukan yang besar ini tegas beliau sebagai jihad dan perjuangan bagi memastikan anak-anak Terengganu tidak ketinggalan. Peruntukan berkaitan bukan saja berupa berbagai insentif tetapi juga peruntukan bagi menambah prasarana dan kemudahan pendidikan.
Atas dedikasi, keikhlasan dan perjuangan YAB Menteri Besar itu kita Aprisasikan puisi...
Mekar Mewangai : Terima Kasih MB.
Bukannya mudah bagimu melakar kanvas kehidupan
Bukannya mudah untukmu mewarna sebuah perjalanan
Bukannya mudah dirimu
menggalas harapan
Pemimpin kerdil yang
mempertaruhkan
Kekuatan dan semangat
juang
Membugar semangat
menjulang peradaban
Demi tanggung jawab
dan kewajipan
Kecemerlangan
pendidikan menjadi taruhan
Deruan ombak laut
Cina Selatan
Adalah pahit getir
perjuanganmu
Seteguh karang di
dasar lautan
Itulah tekad
dan semangat jitumu
Patah sayap
bertongkatkan kuku
Bukan sedikit duka di
jiwa
Bukan sedikit luka di
dada
Bukan sedikit tohmahan
menyapa
Bukan sedikit celaan
melanda
Namun,
Kekuatan minda dan
jiwa
Mengatasi halangan
segala
Berpaksikan
keikhlasan
Bertunjangkan
keimanan
Bertiangkan
ketakwaan
Kau telan hinaan dan
cacian
Kau tempis semua
kerakusan
Kau singkir segala
kedukaan
Kau gantung sejuta
harapan
Kau tanam seribu impian
Kau telah
patahkan kesombongan dan keegoaan
Insan-insan petualang
Yang sentiasa menusuk
kritikan berbisa
Bagaikan kerikil
tajam
Menghalang musafir
kembara sucimu
Kini
Perjuanganmu telah
membuahkan kasturi kemenangan
Wangi semerbak
menghiasi gapura bumi Darul Iman
Kau bisa tersenyum
bangga
Tunas bangsa yang kau
semai dengan keringat dan air mata Tumbuh mekar menjadi insan perkasa segala
Ilmu dan iman seiring bersama
Menjana insan kelas pertama
Buatmu Dato’ Seri Hj
Ahmad bin Said
Kami panjatkan
keredaan Tuhan
Kami sulamkan doa dan
harapan
Kami titipkan cinta
dan sayang
Teruskan perjuangan
sucimu
Kami sentiasa bersamamu
Melestarikan
Terengganu Negeri Anjung Ilmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan