Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, Kemaman pada mulanya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Kuala Kemaman, telah diasaskan pada tahun 1929 dengan nama Sekolah Melayu Kuala Kemaman. Kampung Kuala Kemaman ialah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pinggir pantai menghadap Laut Cina Selatan di negeri Terengganu Darul Iman. Bangunan sekolahnya didirikan berhampiran dengan kawasan pantai.
Pada
permulaan sekolah ini dibuka, jumlah keseluruhan pelajarnya yang seramai 162
orang adalah kebanyakannya terdiri daripada anak-anak nelayan. Pada tahun
1970-an, bangunan baru sekolah ini telah didirikan di atas tanah seluas 4.97
hektar iaitu kira-kira 3 km yang dialihkan tapaknya ke Kampung Geliga. Tapak
baru ini juga adalah di pinggir pantai Kemaman menghadap Laut Cina Selatan.
Pada tahun 1980, sekolah ini dibuka dengan rasminya
oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu. Dengan berlakunya kepesatan
pembangunan dan perumahan di Kampung Geliga dan kawasan sekitarnya, pada tahun
1993 murid-murid sekolah ini telah meningkat seramai 1411 orang, mempunyai
seramai 65 tenaga pengajar dan 3 orang kakitangan sokongan.
Pada 01 Disember 1994, Sekolah Kebangsaan Kuala Kemaman telah
bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Geliga. Majlis perasmian nama baru
sekolah telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amar Diraja Tan
Sri Hj. Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar negeri Terengganu Darul
Iman. Perasmian ini diadakan pada 20 April 1996 bersamaan 01 Zulhijah
1416 pada hari Sabtu.
Selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin
menjadikan semua sekolah di negara ini beroperasi satu sesi persekolahan, pada
tahun 2004 kerajaan telah membina dua blok bangunan tambahan baru bagi sekolah
ini yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Dengan pertambahan bangunan ini,
Sekolah Kebangsaan Seri Geliga telah dapat beroperasi persekolahan satu
sesi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan