AKTA PENDIDIAKAN 1996
Nama dan Alamat
Tujuan-tujuan Persatuan
Fungsi Persatuan
Keanggotaan Persatuan
Jawatankuasa Persatuan
Fungsi Jawatankuasa PIBG
Lain – lain jawatan
SEKOLAH
KEBANGSAAN SERI GELIGA,
24000
KEMAMAN,
TERENGGANU.
Kuorum
Mesyuarat Agung Tahunan
Mesyuarat Agung
Tergempar
Laporan mesyuarat
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG
Punca-Punca Pendapatan Persatuan
Perbelanjaan wang Persatuan
Penyimpanan akaun
pendapatan dan perbelanjaan
Harta amanah Persatuan
Pindaan Perlembagaan Persatuan
Larangan
Tafsiran
Pembubaran
JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA
DAN GURU (PIBG) 2015/2016
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
PERATURAN – PERATURAN
PENDIDIKAN
(PERSATUAN IBU BAPA – GURU) 1998
[Sub peraturan 7(2)]
PERLEMBAGAAN PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GELIGA,
KEMAMAN, TERENGGANU.
Nama dan Alamat
1.
Persatuan ini dikenal dengan nama:
PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GELIGA
2.
Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah:
SEKOLAH KEBANGSAAN
SERI GELIGA,
24000
KEMAMAN, TERENGGANU.
Tujuan-tujuan Persatuan
3.
Tujuan-tujuan Persatuan ialah ;
(a) untuk mengadakan sesuatu forum dan
perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid–murid dalam Sekolah dalam
menigkatkan imej Sekolah;
(b) untuk membantu dan menambah usaha
Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid–murid dalam
kegiatan mereka;
(c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru
dalam Sekolah bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
(d) untuk memberi peluang kepada ibu
bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara
memperbaiki taraf pendidikan anak–anak mereka pada amnya; dan
(e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru
dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan
kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran.
Fungsi Persatuan
4.
Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi
mencapai tujuan – tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti;
(a) membantu dalam memajukan
perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
(b) menambah sumber kewangan Sekolah
bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
(c) meningkatkan kemesraan dan
menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat
setempat;
(d) meningkatkan keceriaan premis
Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti
dan program pendidikan.
Keanggotaan Persatuan
5.
Anggota Persatuan terdiri daripada:
(a) semua guru di Sekolah;
(b) ibu bapa kepada murid yang belajar
dalam Sekolah ; dan
(c) warganegara Malaysia yang diluluskan
permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau
Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang yang berkenaan
(seperti di Lampiran A); dan
6.
Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan.
Jawatankuasa Persatuan
7.
Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali
sebagai “Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota
Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.
8.
Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara
Malaysia sahaja.
9.
Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:
(a) seorang Yang Di-Pertua;
(b) seorang Naib Yang Di-Pertua;
(c) seorang Setiausaha;
(d) seorang Penolong Setiausaha;
(e) seorang Bendahari;
(f)
seorang Penolong Bendahari dan
(g) 14 (Empat belas) orang Ahli Jawatankuasa.
10.
Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG
hendaklah, seboleh-bolehnya, seimbang.
11.
Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan
hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan.
12.
Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1
hingga 14 orang.
13.
Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan
anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu
hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa
PIBG berkenaan.
14.
Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagan ini dan subperaturan 6(4)
hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pesatuan Ibu Bapa – Guru) 1998,
Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang
berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota
Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan
bertulis Pendaftar.
15.
Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari
tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya
atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar.
16.
Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Petua
hendaklah melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian
terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan
jawatan itu.
17.
Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota
Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada
setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
Fungsi Jawatankuasa PIBG
18.
Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatauan
dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan,
tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung
Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan
yang dibuat di bawahnya.
(a) Yang Di-Pertua
(i)
Menjadi Pengerusi dalam semua
mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.
(ii)
Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit -minit
mesyuarat apabila telah diluluskan.
(iii)
Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta memastikan bahawa
peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan.
(iv)
Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas
sebagai Yang Di-Pertua.
(v)
Boleh memanggil mesyuarat Jawatakuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan
persetujuan Guru Besar atau Pengetua.
(vi)
Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.
(vii)
Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan
sempurna dan teratur.
(viii)
Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa
daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan.
(b) Naib Yang Di-Pertua
(i)
Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi
Yang Di-Pertua.
(ii)
Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa ketiadaan
Yang Di-Pertua.
(c) Setiausaha
(i)
Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan.
(ii)
Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat
Jawatankuasa PIBG.
(iii)
Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG
dan Mesyuarat Agung Tahunan.
(iv)
Menyediakan Laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung
Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
(v)
Menghantar segala laporan dan aktiviti
Persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar atau
Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang
yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan.
(vi)
Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.
(d) Bendahari
(i)
Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan
dengan menyediakan dan menyimpan kira- kira kewangan yang kemas kini. Penyata kira-kira kewangan (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah
disiapkan sebelum 1 Februari tahun
berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah
dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang
telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar
kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan.
(ii)
Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh
Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
(iii)
Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam
Perlembagaan pada sesuatu masa.
(iv)
Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada
mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan
kreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama.
(v)
Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan.
(vi)
Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun Persatuan
dan akaun sentiasa berbaki kredit.
Lain – lain jawatan
19.
Penasihat Persatuan
(a) Guru Besar atau Pengetua Sekolah
adalah anggota ex-officio
Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan
Persatuan. Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah
seperti berikut ;
(i)
menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan
Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;
(ii)
mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti,
kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak
bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan
pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah;
(iii)
berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika
difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan;
(iv)
meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan
dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;
(v)
memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan
Sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat
persatuan;
(vi)
memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi
Persatuan;
(vii)
memastikan sumbangan Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaaan; dan
(viii)
menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri sebarang
majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang
ditetapkan oleh Kementerian.
(b) Juru Audit Dalaman
(i)
Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan
anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada mesyuarat
Agung Tahunan.
(ii)
Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut:
(aa)
mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan
(ab) menjalankan
pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.
Tempat bermesyuarat (jika
berlainan dari alamat berdaftar)
20.
Mesyuarat Persatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan
diadakan di
SEKOLAH
KEBANGSAAN SERI GELIGA,
24000
KEMAMAN,
TERENGGANU.
Kuorum
21.
Korum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah seperti berikut:
(a) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah
tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; dan
(b) mesyuarat Jawatankuasa PIBG –
hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.
Mesyuarat Agung Tahunan
22.
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum
akhir bulan Mac.
23.
Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac,
Jawatan kuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan
kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, sebelum 31 Mac.
24.
Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada
anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat.
25.
Sekiranya kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak
mencukupi dalam tempoh 1 jam
dari masa yang ditetapkan, Mesyuarat tersebut
hendaklah dibatalkan dan Jawatankuasa PIBG
hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada anggota Persatuan memaklumkan
tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal
tersebut.
26.
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara – perkara
berikut;
(a)
ucapan Pengerusi;
(b)
membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;
(c)
membentang dan menerima Laporan Tahunan;
(d)
membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember
tahun sebelumnya;
(e)
membahaskan usul, jika ada;
(f)
pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan;
(g)
pemilihan Juru Audit Dalaman;
(h)
ucapan penangguhan; dan
(i)
lain-lain hal.
27.
Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa PIBG
selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk menapis usul – usul yang dikemukakan
sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
28.
Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang
jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang
menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan
hendaklah dibuat seperti berikut:
(a) anggota yang dicalonkan untuk
memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat;
(b) setiap pencalonan hendaklah
mempunyai pencadang dan penyokong; dan
(c) pemilihan hendaklah dijalankan
secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undi terbanyak
dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.
Mesyuarat Agung
Tergempar
29.
Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-keadaan berikut:
(a) apabila difikirkan perlu oleh
Jawatankuasa PIBG;
(b) atas permintaan bertulis
sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota Persatuan; atau
(c) atas arahan Pendaftar.
30.
Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari
daripada tarikh keputusan Jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan permintaan
anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan.
Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukakan kepada
anggota Persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak
diadakan.
31.
Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan
Mesyuarat itu diadakan.
Laporan mesyuarat
32.
Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-kira Kewangan
Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan,
dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.
33.
Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar
dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian,
mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG
34.
Jawatankuasa PIBG hendaklah bermesyuarat sekurang- kurangnya 3 kali
dalam tempoh satu tahun persekolahan.
35.
Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota
Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat.
36.
Yang Di-Pertua, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa
PIBG, boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila difikirkan perlu
dengan persetujuan Penasihat.
37.
Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2
kali tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaan dalam jawatankuasa PIBG
secara automatik dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis
kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat.
Punca-Punca Pendapatan Persatuan
38.
Punca-punca pendapatan Persatuan adalah terdiri daripada;
(a) sumbangan anggota Persatuan (anggota
Persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sumbangan);
(b) derma dan sumbangan daripada
individu, organisasi dan badan-badan lain; dan
(c) pendapatan yang diperolehi daripada
aktiviti dan program anjuran Persatuan yang telah mendapat kelulusan Pendaftar.
39.
Jawatankuasa hendaklah membuka satu akaun di mana-mana bank tempatan
yang berdaftar atas nama Persatuan.
40.
Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan hendaklah
dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari wang diterima atau diperolehi.
Walau apa pun peruntukan ini, Bendahari boleh menyimpan wang tunai yang tidak
melebihi RM 300.00 (Ringgit
Malaysia: Tiga ratus ringgit sahaja) pada satu-satu masa.
Perbelanjaan wang Persatuan
41.
Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan bagi
perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid Sekolah yang tidak
bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan.
42.
Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Persatuan
hendaklah ditandatangan oleh Bendahari dan Yang Di-Pertua atau Setiausaha,
semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.
43.
Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih
pengeluaran wang dan akaun Persatuan sentiasa berbaki kredit.
44.
Tahun kewangan Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun
semasa.
Penyimpanan akaun
pendapatan dan perbelanjaan
45.
Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah
dibentangkan untuk diterima dan diluluskan oleh anggota Persatuan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.
46.
Satu salinan Penyata Kira-kira Kewangan yang telah diaudit serta
diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada
Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian
mengikut mana – mana yang berkenaan.
47.
Pendaftar, Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Pendidikan Bahagian,
Pengetua atau Guru Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun Persatuan pada
bila-bila masa.
Harta amanah Persatuan
48.
Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau
harta tak alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh
Perlembagaan ini berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah
dialihkan kepada Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh Sekolah, sebagai harta
yang diamanahkan oleh Persatuan untuk digunakan bagi faedah murid-murid Sekolah
itu sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PIBG dari masa ke
semasa.
49.
Apa-apa harta yang diamanahkan kepada Sekolah tidak boleh dipindah milik
atau dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan persetujuan
anggota Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Pindaan Perlembagaan Persatuan
50.
Apa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah
dikemukakan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan
terlebih dahulu.
51.
Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada Pendaftar hendaklah
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 2/3 daripada anggota
Persatuan yang hadir.
52.
Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai daripada pindaan
diluluskan oleh Pendaftar.
53.
Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan
oleh Persatuan.
Larangan
54.
Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi
perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru,
kakitangan dan pekerja Sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan
kakitangan Sekolah.
55.
Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai
keupayaan juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum
persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak
dibuat oeh Persatuan yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi
undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau
Pengetua, untuk kelulusan dan panduan.
56.
Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan
sebarang pertikaian antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua, Pejabat
Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri,
Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
57.
Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa-guru di
sekolah-sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan
kerajaan atau lain-lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang
ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.
Tafsiran
58.
Sebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada Perlembagaan
ini hendaklah dirujuk kepada Pendaftar melalui Guru Besar atau Pengetua.
Pembubaran
59.
Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut :
(a) atas arahan bertulis daripada
Pendaftar: atau
(b) Sekolah berhenti beroperasi
60.
Apa-apa wang dalam akauan Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang
ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaanya hendaklah bagi memanfaatkan pendidikan
kanak-kanak di kawasan di mana Sekolah itu berada. Apa-apa harta alih dan tak
alih yang telah diamanahkan kepada Sekolah hendaklah dilupuskan mengikut cara
yang ditetapkan oleh Pendaftar.
61.
Guru Besar atau Pengetua hendaklah memulangkan Sijil Pendaftaran
Persatuan kepada Pendaftaran apabila Persatuan dibubarkan.
PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN
SERI GELIGA
Perlembagaan Sekolah :
SEKOLAH KEBANGSAAN
SERI GELIGA
|
Alamat Sekolah
: SEKOLAH KEBANGSAAN SERI
GELIGA,
24000 KEMAMAN, TERENGGANU.
Tanda Guru Besar:
Nama Guru Besar:
Tarikh:
Diluluskan oleh:
Pendaftar Sekolah dan Guru
Cop:
Tandatangan:
Nama:
Tarikh:
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DAN GURU (PIBG) 2015/2016
BIL
|
NAMA
|
JAWATAN
|
TELEFON
|
1
|
ZULKARNAEN BIN ZUBIR
|
YANG
DIPERTUA
|
0199534718
|
2
|
ROSMIZA BINTI MOKHTAR
|
NAIB
YANG DIPERTUA
|
0129285416
|
3
|
AZMAN BIN SULAIMAN
|
SETIAUSAHA
|
0199734768
|
4
|
ZALIA BINTI MAMAT
|
PENOLONG
SETIAUSAHA
|
0139513484
|
5
|
ZAHANI BINTI ABDUL RAZAK
|
BENDAHARI
|
0139238628
|
6
|
MOHD NAZRUL BIN MAT SAAD
|
PENOLONG BENDAHARI
|
0194949460
|
7
|
JUNAIDI BIN MOHAMAD
|
AHLI
JAWATANKUASA (AJK)
|
0145115685
|
8
|
ZULKARNAIN SAMSI BIN OTHMAN
|
AJK
|
0142912323
|
9
|
ZURAIME BIN SIDEK
|
AJK
|
0199771318
|
10
|
AZEMI BIN ABD WAHAB
|
AJK
|
0179825283
|
11
|
LIZA BINTI ALI
|
AJK
|
0199309559
|
12
|
NUR AKMAL BINTI ALIAS
|
AJK
|
0199066273
|
13
|
NUR HAYATI BINTI YUSOF
|
AJK
|
0179600093
|
14
|
ARIZA SALWANI BINTI ABDUL AZIZ
|
AJK
|
0199625659
|
15
|
NOOR SUHANA BINTI RAHMAN
|
AJK
|
0148337107
|
16
|
TUAN HASMEZANI BIN TUAN HASSAN
|
AJK
|
0139710003
|
17
|
AFSANISHAM BIN HAMZAH
|
AJK
|
0199150035
|
18
|
ZAINAL BIN OTHMAN
|
AJK
|
0129544326
|
19
|
ROSLIZA BINTI RAMLI
|
AJK
|
0139807907
|
20
|
ATILLAH BINTI MALIKI
|
AJK
|
0199561818
|
21
|
AMISAH BINTI YUSOF
|
JURU
AUDIT DALAMAN
|
0199297309
|
22
|
MOHD FAIRUZ BIN RADZUAN
|
JURU
AUDIT DALAMAN
|
0123776595
|
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
DAN GURU (PIBG) 2014/2015
BIL
|
NAMA
|
JAWATAN
|
IBU BAPA/GURU
|
1
|
MOHD SUPIAN BIN MUSERI
|
YANG DIPERTUA
|
IBU BAPA
|
2
|
ABDUL HADI BIN MUHAMMAD
|
NAIB YANG DIPERTUA
|
IBU BAPA
|
3
|
AZMAN BIN SULAIMAN
|
SETIAUSAHA KEHORMAT
|
GURU
|
4
|
ZALIA BINTI MAMAT
|
NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT
|
GURU
|
5
|
AHMAD FAKHRUDDIN BIN AWANG
|
BENDAHARI KEHORMAT
|
GURU
|
6
|
ZAHANI BINTI ABDUL RAZAK
|
NAIB BENDAHARI KEHORMAT
|
GURU
|
7
|
MUHAMMAD YUSLI BIN YAHYA
|
AHLI JAWATANKUASA (AJK)
|
IBU BAPA
|
8
|
ADNAN BIN HARUN
|
AJK
|
IBU BAPA
|
9
|
ZURAIME BIN SIDEK
|
AJK
|
IBU BAPA
|
10
|
TUAN MAHYUDDIN BIN TUAN EMBONG
|
AJK
|
IBU BAPA
|
11
|
LIZA BINTI ALI
|
AJK
|
IBU BAPA
|
12
|
NUR AKMAL BINTI ALIAS
|
AJK
|
IBU BAPA
|
13
|
NUR HAYATI BINTI YUSOF
|
AJK
|
IBU BAPA
|
14
|
NOORHALIZA BINTI MUSHATFAR
|
AJK
|
IBU BAPA
|
15
|
ALINA BINTI HASSAN
|
AJK
|
IBU BAPA
|
16
|
TUAN HASMEZANI BIN TUAN HASSAN
|
AJK
|
GURU
|
17
|
AFSANISHAM BIN HAMZAH
|
AJK
|
GURU
|
18
|
ZAINAL BIN OTHMAN
|
AJK
|
GURU
|
19
|
ROSLIZA BINTI RAMLI
|
AJK
|
GURU
|
20
| ZULKARNAIN BIN ZUBIR |
AJK
|
IBU BAPA
|
21
|
ARIZA SALWANI BINTI ABDUL AZIZ
|
JURU AUDIT
|
IBU BAPA
|
22
|
MOHD FAIRUZ BIN RADZUAN
|
JURU AUDIT
|
GURU
|
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
PENGLIBATAN PIBG 2014/2015
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERKHEMAHAN UNIT-BERUNIFORM
SAMBUTAN HARI GURU
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
MOTIVASI CALON UPSR
SEMINAR KEIBUBAPAAN: SAYANGI ANAK KITA
MAKAN MALAM MGK
CERAMAH DAN PAMERAN ANTI DADAH
SOLAT HAJAT UPSR
UPSR
MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2014
MESYUARAT AJK PIBG SESI 2014/2015
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
........................................................................................................................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan