PERLEMBAGAAN
MAJLIS GURU DAN KAKITANGAN
SEKOLAH
KEBANGSAAN SERI GELIGA
KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN.
KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN.
1.
Nama dan Alamat
Majlis Guru dan Kakitangan,
Sekolah Kebangsaan Seri Geliga,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
atau ringkasnya dipanggil MGK SKSG
2.
Tujuan Penubuhan
2.1
Menyatukan semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Seri Geliga
untuk
menjadi satu institusi kekeluargaan.
2.2 Memberi perkhidmatan kebajikan dan sosial
kepada semua ahli.
2.3
Membantu pihak pentadbiran dalam melicinkan perjalanan pentadbiran
sekolah.
3. Keahlian
3.1
Semua guru dan kakitangan yang bertugas secara tetap di Sekolah
Kebangsaan
Seri
Geliga adalah secara automatik menjadi ahli kepada Majlis Guru dan
Kakitangan Sekolah Kebangsaan
Seri Geliga.
3.2 Seseorang guru atau kakitangan akan terhenti
keahliannya jika:-
3.2.1
bertukar ke sekolah lain
3.2.2 berhenti bekerja atau bersara
3.2.3
meninggal dunia.
4. Sumber kewangan
4.1
Yuran bulanan wajib daripada ahli-ahli seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat
Agung
Tahunan Majlis Guru dan Kakitangan iaitu sebanyak RM100 setahun
manakala bagi
kakitangan sokongan RM70 setahun. Jika ada keperluan lain, kutipan
tambahan akan
dibuat.
4.2
Derma-derma
4.3
Lain-lain sumber yang dibolehkan oleh undang-undang.
5. Jawatankuasa
5.1
Sebuah jawatankuasa (JK) seperti berikut hendaklah dilantik dalam Mesyuarat
Agung Tahunan.
5.1.1 Seorang Pengerusi
5.1.2 Seorang Naib Pengerusi
5.1.3 Seorang Setiausaha
5.1.4 Seorang Bendahari
5.1.5 Sepuluh (10) orang ahli jawatankuasa.
5.2
Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas perlulah dicadangkan oleh
ahli-ahli
dalam Mesyuarat Agung.
5.3
Mana-mana kekosongan yang berlaku dalam jawatankuasa boleh diganti oleh
jawatankuasa dengan melantik ahli yang tidak
terpilih untuk memegang jawatan
yang dikosongkan sehingga Mesyuarat Agung yang
akan datang.
5.4
Jawatankuasa yang telah dipilih dan dilantik memegang jawatan dalam MGK
SKSG
selama dua (2) tahun
berturut-turut secara automatik akan gugur pada penggal
berikutnya kecuali dengan
kerelaan hatinya bersetuju untuk terus memegang
jawatan tetapi boleh dilantik
semula setelah tidak memegang jawatan dalam MGK
SKSG selama 2 tahun.
5.5
Ahli-ahli yang tidak hadir Mesyuarat Agung juga layak untuk dilantik memegang
jawatan
dalam Jawatankuasa MGK SKSG.
5.6 Tuan Guru Besar SK Seri
Geliga secara automatiknya akan menjadi penasihat MGK
SKSG. Tuan Guru Besar atau
wakilnya boleh menyertai mesyuarat untuk memberi
pandangan.
6. Tanggungjawab Jawatankuasa
6.1
Pengerusi
6.1.1 Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat
jawatankuasa.
6.1.2 Mengarahkan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan
di awal tahun
berikutnya.
6.2
Naib Pengerusi
6.2.1 Membantu segala tugas dan tanggungjawab Pengerusi.
6.3
Setiausaha
6.3.1 Setiausaha hendaklah menjalankan tugas urusan
MGK mengikut
perlembagaan dan
melaksanakan arahan-arahan Mesyuarat Agung dan
Mesyuarat
Jawatankuasa.
6.3.2 Menyimpan minit-minit mesyuarat.
6.3.3 Menguruskan hal-hal mesyuarat, surat
menyurat, buku dan rekod-rekod lain.
6.3.4 Menyediakan laporan dan membentangkan kepada
Mesyuarat Agung
Tahunan dan
minit-minit lain yang berkenaan dengannya.
6.4
Bendahari
6.4.1 Bendahari bertanggungjawab dalam semua hal
kewangan yang berkaitan
dengan MGK.
6.4.2 Membuat dan menyimpan penyata kira-kira
berkenaan perkara kewangan dan
bertanggungjawab ke
atas kesahihannya.
6.4.3 Menyediakan penyata kewangan tiap-tiap tahun
untuk dibentangkan pada
Mesyuarat Agung dan
disediakan dua (2) minggu sebelum Mesyuarat Agung
untuk dibuat
pengauditan oleh Pemeriksa Kira-kira.
6.4.4 Menyediakan penyata kewangan dan membentangkannya
kepada Mesyuarat
Agung Tahunan dan
penyata kewangan lain yang berkenaan dengannya.
7. Mesyuarat
7.1
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah
diadakan dalam bulan Januari.
7.2 Mesyuarat ahli jawatankuasa boleh diadakan dengan
kuasa Pengerusi dengan
memberikan notis sekurang-kurangnya
tiga (3) hari.
7.3
Korum Mesyuarat Agung dan mesyuarat jawatankuasa hendaklah tidak kurang
daripada dua pertiga bilangan
ahli.
8. Kuasa bagi
Membelanjakan Wang
8.1
Kuasa untuk membelanjakan wang MGK SKSG ialah Jawatankuasa MGK SKSG
dengan syarat ia digunakan untuk
perkara-perkara berfaedah dan tidak
melanggar undang-undang.
8.2
Pengerusi MGK SKSG boleh dalam suatu masa meluluskan perbelanjaan yang
tidak
melebihi RM100 bagi
membelanjakan aktiviti yang berfaedah tanpa memanggil
mesyuarat.
9. Penyimpanan
Wang MGK SKSG dan Perbelanjaan Wang MGK SKSG
9.1 Segala
kewangan MGK SKSG hendaklah sepenuhnya dipertanggungjawabkan
kepada Bendahari MGK.
9.2
Perbelanjaan wang MGK hendaklah kepada perkara-perkara yang berfaedah
dan
tidak melanggar undang-undang
dan perbelanjaan tetap dibuat dengan kadar
tertentu:
9.2.1 Kematian
ahli RM50.00
+ derma
9.2.2 Kematian tanggungan RM30.00 + derma
(Suami atau isteri, anak, ibu atau bapa, ibu
mertua atau bapa mertua)
9.2.3 Perkahwinan
ahli kali pertama di SKSG RM100.00
9.2.4 Mendapat cahaya mata pertama RM50.00
9.2.5 Mendapat cahaya mata kedua dan seterusnya RM25.00
9.2.6 Masuk
hospital/wad kali pertama RM50.00
(Ahli
yang sakit dan tinggal di hospital melebihi satu (1) hari dalam satu masa.
Tidak termasuk ahli yang
masuk
hospital kerana ingin bersalin sama ada secara normal atau pembedahan)
9.2.7 Bertukar <5 tahun RM50.00
>5
tahun RM80.00
9.2.8 Bersara RM100
9.2.9 Mengerjakan Haji (Ahli sahaja) RM50.00
(Kali pertama semasa berkhidmat di SKSG)
9.2.10 Mengerjakan Umrah (Ahli sahaja) RM30.00
(Kali
pertama semasa berkhidmat di SKSG)
9.2.11 Derma asing RM20.00
9.2.12 Hadiah Hari Jadi Ahli <RM10.00
9.2.13 Sambung belajar sepenuh
masa RM50.00
9.2.14 Bencana alam Derma
kilat
10. Pindaan dan
Penambahan kepada Perlembagaan MGK SKSG.
10.1
Perlembagaan MGK SKSG adalah muktamad dan tidak boleh dipinda kecuali
dengan
kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Khas MGK dengan
mendapat majoriti dua pertiga menyokong.
mendapat majoriti dua pertiga menyokong.
10.2
Sebarang pindaan atau penambahan kepada Perlembagaan MGK SKSG perlulah
diusulkan kepada Mesyuarat
Agung Tahunan atau dengan mengadakan usul
tergempar semasa Mesyuarat
Agung Tahunan atau Mesyuarat Khas MGK dengan
mendapat sekurang-kurangnya sokongan dua pertiga ahli.
mendapat sekurang-kurangnya sokongan dua pertiga ahli.
11. Larangan
11.1
MGK SKSG tidak boleh meluaskan bidang kuasanya kepada perkara-perkara
yang
berkaitan dengan perjawatan
dan pentadbiran sekolah.
11.2
MGK SKSG tidak boleh menjadi badan pendesak menentang pentadbiran.
11.3
MGK SKSG tidak boleh bergabung dengan pertubuhan lain.
12. Pembubaran
12.1
Pembubaran Jawatankuasa MGK mesti dilakukan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan atau Mesyuarat Khas dengan dipersetujui
oleh dua pertiga ahli.
Disemak dan
disahkan oleh,
............................................
(HAMZAH BIN AHMAD)
Penasihat MGK SKSG,
Guru Besar,
SK Seri Geliga,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul
Iman.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
CARTA ORGANISASI MAJLIS GURU DAN KAKITANGAN (MGK) 2014/2015
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
PENASIHAT
EN. HAMZAH B AHMAD
PENGERUSI
YM. TUAN HASMIZANI B TUAN HASSAN
TIMBALAN PENGERUSI
EN. MUHAMMAD NAIM B ISMAIL
SETIAUSAHA
CIK SITI NUR AINI BT ZAINAL
BENDAHARI
PN. KAMALIAH BT TEH AWANG
AHLI JAWATANKUASA
EN. RUSLI B MOHAMAD
EN. OSMANULLRAZI B ABDULLAH
EN. NURUL AMININ B SABASUTAMI
EN. MOHD KHAZAIRILAZLYMY B RAZALI
PN. NURAFIA BT ABDUL AZIZPN. WAN AKMAL BT WAN ALI
PN. ATILLAH BT MALIKI
PN. HASLIZA BT HASHIM
PN. NOOR ANITA BT NAWI
PN. AZURAIDA BT RAMLI
PN. SURALAILI NORADLIN BT MAMAT @ MOHAMED
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
EN. OSMANULLRAZI B ABDULLAH
EN. NURUL AMININ B SABASUTAMI
EN. MOHD KHAZAIRILAZLYMY B RAZALI
PN. NURAFIA BT ABDUL AZIZPN. WAN AKMAL BT WAN ALI
PN. ATILLAH BT MALIKI
PN. HASLIZA BT HASHIM
PN. NOOR ANITA BT NAWI
PN. AZURAIDA BT RAMLI
PN. SURALAILI NORADLIN BT MAMAT @ MOHAMED
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
CARTA ORGANISASI MAJLIS GURU DAN KAKITANGAN (MGK) 2012/2013
PENASIHAT
EN. HAMZAH B AHMAD
PENGERUSI
EN. AZMAN B SULAIMAN
TIMBALAN PENGERUSI
EN. MOHD ZULKIFLI B MOHD NOR
SETIAUSAHA
CIK WAN ROZIANA BT WAN NGAH
BENDAHARI
PN. ZAHANI BT ABDUL RAZAK
AHLI JAWATANKUASA
EN. WAN ZULKIFLI B WAN JUSOH
EN. AHMAD FAKHRUDDIN B AWANG
EN. MOHD NAZRUL B MAT SAAD
EN. MOHD FAIRUZ B RADZUAN
EN. MOHD NORAKMAL NIZAM B MAT NOR
PN. MALINA BT MOHAMAD
CIK NUR SALWA BT MOHAMAD
PN. ZAIPAH BT ISMAIL
CIK NARIMAH BT RAFII
PN. NOOR KHAIRUNI BT MOHAMAD @ MOHD NOR
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
JAMUAN PERPISAHAN DAN SELAMAT DATANG
2013 1.0
10 MAC 2013
AHAD 1.25 PETANG
KANTIN SK SERI GELIGA
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
JAMUAN PERPISAHAN DAN SELAMAT DATANG
2013 2.0
18 APRIL 2013
KHAMIS
1.25 PETANG
KANTIN SK SERI GELIGA
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
16 MEI 2013
KHAMIS
7.45 PAGI
DATARAN ILMU & DEWAN ILTIZAM SKSG
"GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI 1AGENDA"
-SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU SKSG-
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
JAMUAN PERPISAHAN DAN SELAMAT DATANG
2013 1.0
10 MAC 2013
AHAD 1.25 PETANG
KANTIN SK SERI GELIGA
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
JAMUAN PERPISAHAN DAN SELAMAT DATANG
2013 2.0
18 APRIL 2013
KHAMIS
1.25 PETANG
KANTIN SK SERI GELIGA
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
16 MEI 2013
KHAMIS
7.45 PAGI
DATARAN ILMU & DEWAN ILTIZAM SKSG
"GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI 1AGENDA"
-SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU SKSG-
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<