HAL EHWAL MURID




PUAN HAJAH NOR ZALIHA BINTI OTHMAN
 GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


PENGERUSI
En. Hamzah bin Ahmad
Guru Besar SKSG

TIMBALAN PENGERUSI
Pn. Hajah Nor Zaliha binti Othman

NAIB PENGERUSI 1
Pn. Chui Wai Kin

NAIB PENGERUSI 2
En. Basiron bin Draman

SETIAUSAHA I
Pn. Ruzita binti Kasim

SETIAUSAHA II
Pn. Mazura bt Kamaruddin

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

MATLAMAT PROGRAM UNIT HEM

Membantu dalam perkembangan diri murid supaya berfungsi sebagai individu yang seimbang.

Memupuk semangat berdikari, semangat kerjasama dan setiakawan.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang ilmu yang berbagai-bagai.

Membantu merancang hidup yang lebih bermakna dan berkesan.

Memberi dorongan dan motivasi

 Memperkembangkan potensi dan kebolehan ke tahap maksima.

Menyedari murid tentang pentingnya hidup bermasyarakat.

Membantu murid meringankan masalah yang dihadapi.

Menyuburi potensi kepemimpinan di kalangan murid.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

PERANCANGAN UNIT HEM 

 · Kempen Jom Ke Sekolah
      - Meningkatkan peratusan murid hadir ke sekolah 93% setiap hari.

· Kempen Sekolahku, Syurgaku

      - Program Keceriaan, Kesihatan dan Keselamatan Sekolah ( 3K )

· Program Keharmonian Kantin
      - Meningkatkan keceriaan dan kebersihan kantin

· Kempen Sahsiah Cemerlang
      - Mengurangkan peratusan kes salah laku dan meningkatkan disiplin murid

· Kempen UPSR : "Saya Boleh"
      - Membantu ke arah Kecemerlangan UPSR dan Kemenjadian murid SK Seri Geliga

     >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
  
Pengurusan Hal-Ehwal Murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Sekiranya tidak dikendalikan dengan baik ia akan mencacatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi di kalangan murid dan    masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pengurus atau   pemimpin sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi       pentadbiran dan penyelenggaraan. Pengurus atau pemimpin sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arahvkecemerlangan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek   sebagaimana yang tercerna dalam FPN  bukanlah satu yang mudah.

Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik. Untuk mencapai hasrat ini, jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir (guru besar) dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya khususnya murid. 

Berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan HEM merupakan satu proses pengendalian resos-resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam waktu yang sama ianya dapat memberikan rasa kepuasan, semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi di kalangan ahli-ahli yang terlibat. Dengan bahasa yang mudah pengurusan HEM adalah proses-proses yang berhubung kait dengan:

i.     Perancangan kerja atau program bagi murid
ii.    Pengelolaan murid dan program secara berkesan
iii.   Pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi
iv.   Penyeliaan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti
v.    Pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program
vi.   Penyediaan anggaran belanjawan yang munasabah.

Ada juga yang melihat proses pengurusan dari aspek:

i.  Perancangan
    Pembinaan tujuan dan objektif serta program/projek
ii. Pengelolaan
    Pengumpulan resos-resos sama ada manusia atau bukan manusia dan pembentukan        
    prosedur.
iii.Pentadbiran/Pengarahan
    Merangkumi kepemimpinan, motivasi, penyeliaan, dan
    penyelarasan
iv.Pengawalan/Pemulihan
    Berkait dengan laporan maklumbalas, tindak ikut untuk memperbaiki rancangan.

Elemen-elemen penting dalam proses pengurusan HEM:

i.   Menyelesaikan masalah
ii.  Membuat keputusan
iii. Hubungan manusia
iv. Komunikasi yang efektif


 Dengan itu pengurus seharusnya mempunyai kemahiran-kemahiran berikut:

• kemahiran ‘konsepsual’
• kemahiran perhubungan manusia
• kemahiran teknikal

Model-model Program HEM

~  Program menyeluruh - melibatkan murid atau ahli
~  Program perkembangan, pemulihan dan pembaikan - secara individu atau kumpulan
~  Program pengajaran (instructional)
~  Program terbuka - melibatkan agensi-agensi luar
~  Program Bersepadu - integrasi program-program atau aktiviti

Jenis-jenis Program HEM - antaranya ialah:
a) Orientasi/suaikenal
b) Penyebaran maklumat
c) Kajian/penyelidikan misalnya menyelesai masalah disiplin pelajar atau prestasi pelajar
d) Bimbingan pelajaran dan kemahiran
e) Bimbingan kerjaya dan vokasional
f) Khidmat konsultasi - kepada pelajar, guru dan ibubapa
g) Bimbingan kerohanian dan psikososial (perkembangan diri)
h) Latihan kepemimpinan - kepada pengurus dan pemimpin kelab dan persatuan
i) Latihan kejurulatihan di kalangan pelajar
j) Program kesedaran keselamatan
k) Program keceriaan sekolah
l) Kaunseling
m) Program komuniti
n) Program mencegah penyalahgunaan dadah & AIDS
o) Program pemulihan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

SEKALUNG BUDI
dan PENGHARGAAN

kepada

Guru Besar, Guru Penolong Kanan-Guru Penolong Kanan, guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Seri Geliga.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>  2014  >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan Kelas 

Bulan Mei dan Ogos 2014

12 OKTOBER 2014
AHAD
8.00 PAGI
DATARAN ILMU SKSG












>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BACAAN YASIN 

SETIAP PAGI KHAMIS
7.25 PAGI
MURID TAHUN 4, 5 & TAHUN 6 
DEWAN ILTIZAM SK SERI GELIGA












PROGRAM GURU PENYAYANG














>>>>>>>>>>>>>>>  2013  >>>>>>>>>>>>>


 7. MOTIVASI PAGI:

1. CALON-CALON UPSR OLEH TUAN GURU BESAR DAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING





 2. MURID-MURID TAHUN 5, 4, 3, 2 DAN 1 OLEH GURU-GURU TAHUN 5, 4, 3, 2 DAN 1.

 _________________________________________________

6. WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2013

3 MAC 2013
AHAD
7.45 PAGI
DATARAN ILMU SK SERI GELIGA

DISEMPURNAKAN OLEH:

SARJAN KAMARULZAMAN BIN MANAF
PEGAWAI POLIS
IBU PEJABAT POLIS DAERAH KEMAMAN
CAWANGAN JENAYAH
(PEGAWAI PERHUBUNGAN SK SERI GELIGA)
________________________________________________________________________

5. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2013

24 FEBRUARI 2013
AHAD
7.45 PAGI
DATARAN ILMU SK SERI GELIGA

DISEMPURNAKAN OLEH:

EN. HAMZAH BIN AHMAD
GURU BESAR SK SERI GELIGA

"GURU PENYAYANG MURID BERKUALITI"


"Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik."
____________________________________

4. MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN MBSB KEPADA 50 ORANG MURID 5A UPSR 2012 DAN 50 ORANG MURID MISKIN 2013

20 FEBRUARI 2013
RABU
9.00 PAGI
DEWAN ILTIZAM SK SERI GELIGA

DISEMPURNAKAN OLEH:


EN. ZAMZURI IZANI BIN ABU HASSAN
(PENGURUS BESAR MBSB WILAYAH PANTAI TIMUR)

________________________________________________________________________

3. MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 2013

27 JANUARI 2013
AHAD
11.00 PAGI
DEWAN ILTIZAM SK SERI GELIGA

________________________________________________________________________

2. ORIENTASI PENGAWAS 2013

21 JANUARI 2013
ISNIN
8.00 PAGI
DEWAN ILTIZAM SK SERI GELIGA

DIRASMIKAN OLEH:

EN. HARUN B CHE NGAH
(GPK HAL EHWAL MURID SKSG)
________________________________________________________________________

1. BACAAN YASIN 

SETIAP PAGI KHAMIS
7.25 PAGI
MURID TAHUN 4, 5 & TAHUN 6 
DEWAN ILTIZAM SK SERI GELIGA