GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
ENCIK AZMAN BIN SULAIMAN
ENCIK MOHD NAIM BIN ISMAIL
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
ENAM ASPIRASI KEMENJADIAN MURID
ASPIRASI MODEL MURID NEGERI TERENGGANU PASCA 2020
PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2015
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
UBK@En. Che Bahar JPNT - Sesi bersama tiga orang anak arwah Cikgu Norhayati.
Semoga arwah dan suami ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Al-fatihah....
15 Januari 2015
Semoga arwah dan suami ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Al-fatihah....
15 Januari 2015
Motivasi Calon UPSR @ Encik Syazwan
Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa / Penjaga Calon UPSR
PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2014
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Kem Bina Insan Murid Tahun 5 @ Kem Gemilang
Pembugaran Emosi Calon UPSR 2014
Pertandingan Mewarna Bulan Kemerdekaan 2014
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
SELURUH WARGA SKSG MENDOAKAN KEJAYAAN SEMUA CALON UPSR SKSG 2014. SEMOGA SEMUA CALON UPSR SKSG CEKAL DAN TABAH MENERUSKAN PERJUANGAN UPSR YANG BELUM SELESAI. TERUSKAN PERJUANGAN ANDA. JAWAB SOALAN SEHABIS BAIK. HADIAHKAN KEJAYAAN YANG CEMERLANG BUAT ORANG YANG TERSAYANG.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
7 Petua Mudah Ingat Apa Yang Dipelajari
Pembuka kata
Petua ini tidak semestinya anda gunakan
semasa belajar, tetapi dalam mana-mana keadaan yang memerlukan anda untuk
mengingat sesuatu. Contohnya, jika seseorang menerangkan cara untuk pergi ke
suatu tempat, anda akan lebih mudah ingat penerangan itu jika anda gunakan
petua-petua ini. Jadi, kita akan mulakan dengan petua yang pertama minggu
depan.
Selamat membaca.
Petua 1
Petua yang pertama
ialah ‘tumpukan sepenuh perhatian’ kepada apa yang anda mahu anda ingat. Begini, dalam
kehidupan seharian kita, terlalu banyak benda dan perkara yang berlaku
disekeliling kita. Jika anda berada di dalam kelas, ada bunyi kipas, bunyi
kawan-kawan sedang bercakap, bau makanan yang datang dari kantin, suara cikgu
sedang mengajar, bunyi tapak kaki pelajar di luar kelas, pokok-pokok yang
bergoyang di luar kelas dan sebagainya.
Walaupun banyak
perkara yang berlaku, minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada
satu masa. Jika anda fokuskan
kepada pokok-pokok yang sedang bergoyang, anda tidak akan sedar tentang perkara
lain. Masalahnya, jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang bergoyang semasa
guru anda mengajar, anda akan ingat tentang pokok bergoyang juga semasa
peperiksaan nanti. Ini sama seperti kejadian hilang kunci di rumah. Pernahkah
anda terlupa di mana anda letakkan kunci rumah hingga puas anda cari seluruh
rumah?
Mengapa anda lupa di
mana anda letak kunci tersebut? Menurut kajian, sebab utamanya ialah anda tidak
menumpukan perhatian kepada kunci itu semasa anda meletakkannya di sesuatu
tempat. Maksudnya, semasa anda tidak sengaja meletakkan kunci tersebut di dalam
peti ais, fikiran anda sedang sibuk fokus kepada perkara lain seperti rancangan
di televisyen atau masakan tengahari.Jadi jika anda mahu ingat apa yang guru
anda ajarkan, semasa guru mengajar:
·
Abaikan perkara lain
yang berlaku disekeliling anda. Beri tumpuan sepenuhnya kepada apa yang guru
anda sedang katakan dan cuba fahami maksudnya. Tukarkan kata-kata guru anda
kepada gambar di dalam minda anda. Katakan guru anda sedang bercerita tentang
kesan asap kilang kepada pencemaran udara, bayangkan anda sedang melihat asap
tersebut dan anda dapat lihat bagaimana udara menjadi kotor disebabkan asap
tersebut. Kadang-kadang gangguan boleh datang daripada kawan anda sendiri. Ada
pelajar yang suka bercakap dan bertanya kepada anda semasa guru sedang
mengajar. Ini sangat mengganggu. Walaupun kawan anda mahu tanya tentang
pelajaran, dia tidak sepatutnya tanya anda sewaktu guru sedang mengajar.
Jika mereka mahu tanya, mereka patut tanya guru. Jika anda ada kawan yang
selalu mengganggu konsentrasi anda, anda patut berterus terang dan bercakap
kepadanya dengan baik. Jika dia tidak berubah, anda patut fikir jika anda perlu
ubah tempat demi memajukan pelajaran anda.
·
Jika anda ada apa-apa
yang tidak faham, tanya guru anda bukan kawan di sebelah anda. Jika anda tanya
kawan disebelah, guru akan sangka anda sedang berbual dan tidak menumpukan
perhatian. Tambahan lagi, kawan anda mungkin tidak tahu bagaimana hendak
menjawab soalan anda.
Anda perlu tahu, anda
tidak ingat sesuatu dengan tidak sengaja. Anda tidak boleh ingat fakta sejarah
dengan tidak sengaja. Anda perlu fokuskan sepenuh tumpuan anda kepada apa yang
anda pelajari. Proses mengingat akan jadi jauh lebih mudah jika anda fokus.
Teknik ini boleh anda gunakan semasa belajar apa sahaja.
Selamat mencuba.
Petua 2
Sebelum anda pelajari
petua kedua, tahukah anda bahawa bahasa memori anda ialah ‘gambar‘? Ini bermaksud, anda berfikir dan mengingat
dengan cara bergambar. Jika sesoerang menyebut perkataan ‘asap’, anda akan terbayangkan
gambar asap yang berkepul-kepul, bukan tulisan ‘a.s.a.p’. Dengan mengetahui
bahasa memori ini, anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih mudah.Petua kedua
berbunyi, ‘tukarkan maklumat yang ingin anda ingat kepada gambar’.
Sebagai contoh, jika
seseorang memberi tunjuk arah kepada anda untuk pergi ke sesuatu tempat, anda
akan lebih mudah ingat jika anda menukarkan maklumat itu kepada gambar.
Contohnya, jika orang itu berkata, jalan terus melalui jalan ini (bayangkan
gambar jalan raya yang lurus), kemudian belok kiri pada lampu isyarat pertama
(bayangkan anda dapat lihat satu lampu isyarat dan mula membelok ke kiri),
jalan terus lagi hingga anda jumpa pasaraya X (bayangkan anda bergerak terus
hingga bertemu pasaraya x. Bayangkan rupa pasaraya X itu!) dan……seterusnya…..
Dengan menukarkan
maklumat kepada gambar, anda lebih mudah ingat berbanding dengan hanya
mendengarnya sahaja. Di dalam kelas atau dewan kuliah pula, anda perlu buat
diri anda sibuk dengan menukarkan maklumat daripada gur dan pensyarah kepada
gambar. Ada satu sebab utama mengapa anda perlu lakukan ini. untuk pengetahuan
anda,
·
kelajuan manusia
bercakap adalah antara 150 – 200 patah perkataan seminit
·
kelajuan manusia
berfikir adalah antara 300 – 500 patah perkataan seminit.
Ini bermaksud, semasa
guru atau pensyarah anda bercakap, minda anda ada banyak masa untuk leka dan
hanyut memikirkan perkara lain. Dengan menukarkan apa yang guru/pensyarah anda
katakan kepada gambar, anda akan lebih fokus dan tumpuan anda tidak akan
terpesong ke tempat lain. Ini pastu akan membuat anda lebih mudah ingat.
Selamat mencuba.
Petua 3
Petua ketiga untuk
mudah mengingati sesuatu ialah anda perlu ulang dan latih semula apa yang anda
ingin ingat. Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih
daripada 90% apa yang telah anda pelajari. Perkara ini boleh dielakkan jika
anda mengulang semula apa yang telah anda pelajari atau apa yang ingin anda
ingat.
Tentu anda pernah
dengar pepatah Inggeris yang mengatakan ‘Repetition is the
mother of all skills” (Pengulangan adalah
ibu kepada segala kemahiran). Jika anda mahu pandai menaiki basikal, anda mesti
menunggang basikal berulang-ulang kali hingga anda benar-benar pandai dan
cekap.Katakan anda baru mengenali seseorang dan dia memperkenalkan diri dan
namanya. Tentu anda ada pengalaman sebaik sahaja seseorang memberitahu nama
mereka, anda lupa apa nama itu.
Akhirnya anda dengan
rasa malu terpaksa bertanya sekali lagi. Untuk mengelakkan perkara begini,
setelah seseorang itu memperkenalkan namanya, anda perlu sebut nama itu kembali
dan gunakannya dalam perbualan anda. Contohnya, “Nama saya Ahmad.”
“Oh..Ahmad…..Ahmad dari mana….” Ahmad ke sini ada urusan apa?”Apabila anda
mengulang nama itu beberapa kali dalam perbualan anda, anda jadi lebih mudah
ingat nama itu.Di dalam pelajaran pula, satu teknik terbaik untuk ingat apa
yang guru anda ajarkan ialah pada waktu malam sebelum anda tidur, anda buka
semula buku dan nota yang anda tulis dalam kelas bersama guru anda siang tadi.
Baca semual buku dan
nota itu sepintas lalu. Cuba ingat semula apa maksud tulisan anda itu. Lebih
baik lagi, cuba ingat bagaimana cara gru anda menerangkan tentang nota itu
siang tadi. Ia seolah-olah anda cuba memainkan semula video di dalam minda anda
mengenai apa yang anda pelajari siang tadi.Hasilnya, anda akan ingat
lebih lama apa yang anda pelajari.
Jika anda cuba
menghafal sifir juga, anda mungkin rasa susah hendak hafal jika anda baru
mencuba 5 ke 10 kali sahaja. Apa kata anda cuba hingga 100 kali. Tentu ia jadi
lebih mudah.
Selamat mencuba.
Petua 4
Petua keempat untuk
mudah ingat sesuatu yang dipelajari ialah denganmenjaga masa tidur anda. Untuk pengetahuan anda, minda anda
lebih mudah ingat sesuatu jika ia berada dalam keadaan cergas dan segar. Sebab
itulah anda selalu dengar petua untuk menghafal sesuatu di waktu pagi.
Di waktu pagi
selalunya minda anda lebih segar kerana baru sahaja berehat sepanjang malam.
Namun, masalahnya ialah jika anda tidak menjaga masa tidur anda, minda anda
akan sentiasa keletihan dan tidak mampu mengingati sesuatu dengan mudah.Saya
mahu tanya anda, pukul berapa anda tidur pada waktu malam? 10? 12? 2 pagi?
kebanyakan pelajar mengatakan mereka tidur antara pukul 10 hingga 12 malam.
Ada juga yang tidur
lebih lewat daripada itu. Mengapa? Belajar adalah alasan mereka.Anda perlu
tahu, minda anda adalah alat utama untuk anda mencapai kejayaan dalam bidang
akademik. Jika seorang pelumba motosikal memerlukan motosikal sebagai alat
utama dan pelumba kereta memerlukan kereta sebagai alat utama, anda perlukan
minda anda. Jika minda anda lemah, sama seperti motor atau kereta yang tidak
berkuasa, pasti tidak boleh memenangi pertandingan.Jadi anda perlu dapatkan
tidur yang mencukupi.
Menurut satu kajian
yang saya baca, masa paling bagus untuk tidur supaya mendapat kesan rehat yang
baik ialah sebelum pukul 12 tengah malam. Jika anda tidur dalam pukul 10 atau
11 malam, tubuh anda akan rasa lebih segar di waktu pagi kerana waktu itu
sangat sesuai untuk tubuh manusia berehat dan tidur. Katakan anda tidur pada
pukul 1 atau 2 pagi, tubuh dan minda anda akan rasa penat walaupun anda bangun
lewat keesokan harinya.Mulai hari ini, jika anda biasa tidur lewat untuk
mengulangkaji, dapatkan satu atau dua hari dalam seminggu untuk tidur awal
(antara pukul 10 hingga 11).
Ini akan memberi tubuh
badan dan minda anda masa yang cukup untuk berehat sepenuhnya. Ingat, tubuh dan
minda yang segar akan membuat anda jadi lebih aktif dan mampu mengingati apa
yang anda pelajari dengan lebih mudah.Satu cara mudah untuk tidur awal pula
ialah dengan melakukan aktiviti riadhah / sukan yang berat sedikit pada waktu
petang. Apabila tubuh anda letih akibat riadhah yang menyihatkan, anda akan
lebih mudah tidur. Dalam masa yang sama, kurangkan tidur pada waktu siang.
Selamat mencuba.
Petua 5
Petua yang kelima
untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah anda perlu mempraktikkan apa yang
anda pelajari dengan serta merta.
Contohnya, jika anda
baru sahaja belajar satu topik baru dalam subjek matematik, anda perlu segera
cuba menyelesaikan masalah atau latihan matematik dalam subjek tersebut.
Mengapa?Kebanyakan pelajar suka menunggu masa yang sesuai untuk mencuba perkara
yang baru dipelajari. Jika satu topik baru diajar pada hari Isnin dan kerja
rumah diberikan, pelajar akan berlengah-lengah dalam melaksanakan kerja
tersebut.
Seperti yang pernah
saya terangkan sebelum ini, jika pelajar bertangguh hingga melepasi tempoh 48
jam, mereka akan lupa lebih daripada 90% apa yang mereka pelajari itu.Setelah
anda pelajari topik baru, anda perlu segera mencuba dan buat latihan berkenaan.
Ini adalah kerana, dalam masa yang singkat sahaja anda akan lupa apa yang guru
anda telah ajarkan.
Apabila anda lupa,
anda tidak akan faham nota yang telah anda tulis sendiri. Apa akan jadi ialah
anda perlu belajar semula topik itu dari awal hingga akhir.Katakan anda sedang
belajar subjek selain subjek matematik. Katakan anda sedang belajar subjek
sejarah.
Apabila guru anda
menerangkan tentang kisah penjajahan Jepun contohnya, anda boleh bayangkan
seolah-olah anda sendiri berada pada zaman itu. Apabila anda bayangkan begitu,
anda akan rasa lebih jelas mengenai kisah sejarah itu. ia seolah-olah anda
boleh lihat semua kejadian semasa zaman itu di dalam minda anda. Ini akan
membuat anda lebih ingat akan topik ini.
Satu kelebihan utama
jika anda praktikkan apa yang anda pelajari secepat mungkin ialah anda akan
cepat dapat menguasainya. Untuk menguasai sesuatu topik atau subjek, ’susah’
hanyalah pada peringkat permulaan. Apabila anda sudah melepasi tahap susah itu,
semuanya akan jadi lebih mudah dan selesa. Sama seperti anda belajar menunggang
basikal.
Pada mulanya anda
perlu ingat bagaimana cara hendak mengayuh dengan betul. Tetapi setelah anda
menguasainya, anda boleh lakukannya tanpa berfikir. Malah, walaupun anda tidak
menunggang basikal bertahun-tahun lamanya, kemahiran menunggang basikal pasti
masih ada pada anda.
Selamat mencuba.
Petua 6
Petua keenam untuk
mudah ingat apa yang anda pelajari ialah mudah iaitu, ‘tulis‘. Saya selalu perhatikan gelagat pelajar
semasa berada di dalam kelas, ceramah atau kursus. Mereka selalu leka mendengar
atau mengelamun tanpa berbuat apa-apa mengenai apa yang mereka dengar.
Perkara ini juga
mengingatkan saya kepada seorang ustazah saya yang mengajar bahasa Arab semasa
saya di tingkatan 3, ustazah Fatimah.
Ustazah saya ini
terkenal dengan ungkapannya, “Ha…catatlah….”. Setiap hari dan hampir setiap kelas Ustazah akan menyuruh
dan mengingatkan kami untuk mencatat apa yang kami pelajari.
Walaupun kami sedar
apa yang ustazah ajarkan sangat penting, kami selalu leka dan tidak
mencatatnya. Kini, saya benar-benar boleh melihat mengapa Ustazah
Fatimah beria-iya benar mahu kami mencatat apa yang telah kami
pelajari. Satu sebabnya anda pasti sudah tahu bahawa kita mudah lupa.
Dengan mencatat atau
menulis apa yang baru kita pelajari, kita boleh merujuk kepadanya pada
bila-bila masa sahaja. Kedua, apabila anda menulis apa yang anda
pelajari, fikiran anda akan fokus kepada apa yang anda tuliskan itu. Jadi,
anda tidak akan leka. Minda yang fokus kepada sesuatu yang dipelajari akan
lebih mudah mengingatinya.
Ada beberapa tips
untuk menulis apa yang anda pelajari.
·
Pertama, anda tidak
semestinya menulis bulat-bulat apa yang guru anda tuliskan di papan hitam. Apa
yang patut tulis adalah berdasarkan apa yang anda faham. Tulis dalam bentuk
yang anda boleh faham.
·
Kedua, jika anda
menyalin nota yang guru anda berikan, buat penerangan kecil dalam ayat anda
sendiri tentang maksud nota yang anda salin itu. Contohnya, jika anda menyalin
nota yang menunjukkan jalan kerja matematik, anda boleh tuliskan penjelasan
menggunakan ayat anda sendiri (jika boleh, menggunakan pen warna berbeza)
tentang jalan penyelesaian matematik. Ini supaya anda faham apa yang berlaku di
dalam jalan penyelesaian matematik itu kelak.
Anda
perlu ingat, antara menulis nota dan mendengar penjelasan cikgu, yang kedua
adalah lebih penting. Ini bermaksud, jika guru anda sedang menerangkan tentang
sesuatu, berhenti menulis dan dengar penjelasannya dengan teliti. Tulisan anda tidak
akan bermakna jika anda tidak faham apa yang guru anda terangkan.
·
Jadi kreatif. Anda
boleh reka nota dan tulisan anda sendiri. Nota patut jadi sesuatu yang
menyeronokkan untuk dibaca. Gunakan warna. Gunakan lukisan. Kadangkala
penerangan guru anda boleh ditulis dalam bentuk lukisan, bukan tulisan.
Selamat mencuba.
Petua 7
Petua yang terakhir
buat untuk mudah ingat apa yang dipelajari ialah‘mengaitkan sesuatu yang
dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada diketahui’. Hmm…jangan risau jika anda kurang pasti apa
maksudnya…..
Begini, bayangkan anda
sedang belajar tulisan dalam bahasa Cina. Jika anda pertama kali melihat
tulisan dalam bahasa Cina, anda akan rasa sangat sukar mengenal pasti perbezaan
antara setiap huruf-huruf itu. Ini adalah kerana anda tidak tidak boleh
mengaitkannya kepada apa yang pernah anda lihat sebelum ini. Jika anda belajar
Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya abjad A.B.C.D…dan sterusnya itu anda sudah
biasa lihat. Apabila anda sukar untuk mengenal pasti perbezaannya, anda akan
hadapi kesukaran untuk mengingatinya.
Namun, jika anda boleh
mengaitkan huruf-huruf itu kepada sesuatu yang anda sudah biasa lihat, anda
akan lebih mudah mengenalpasti huruf-huruf tersebut. Contohnya, ada huruf
yang anda kata ‘macam gambar pokok rendang’. Ada huruf yang macam bentuk ‘H’.
Ada huruf yang macam orang sedang berlari.
Mengaitkan huruf
tulisan Cina kepada bentuk-bentuk yang anda kenal itulah yang dimaksudkan
dengan ‘mengaitkan sesuatu yang dipelajari itu kepada sesuatu yang sedia ada
diketahui’.
Apabila anda belajar
sesuatu yang baru, anda akan lebih mudah ingat jika anda kaitkan pelajaran baru
itu kepada sesuatu yang anda sudah tahu. Ini bermaksud, anda perlu
memberikan makna atau maksud kepada apa yang anda pelajari.
Katakan anda sedang
menghafal subjek Sains, organ dalaman telinga contohnya. Ada satu bahagian
dalam telinga namanya Cochlea. Mungkin sukar untuk anda ingat nama ini kerana
anda jarang mendengarnya. tetapi, apa kata jika anda tukarkan Cochlea ini
kepada perkataan ‘Kak Lia’
dan bayangkan seorang perempuan berpangkat kakak yang anda panggil Kak Lia? Ia
lebih mudah diingat bukan.
Satu contoh lagi dalam
organ telinga ialah eardrum. Anda tahu drum itu adalah gendang. Jadi, apa kata
anda kaitkan eardrum kepada satu gambar gendang kecil yang ada dalam telinga?
Ia lebih mudah diingat bukan?
Jadi, mulai hari ini,
kaitkan apa-apa sahaja yang anda pelajari kepada sesuatu yang anda sudah
ketahui.
Selamat mencuba.
Alhamdulillah, saya
telah berjaya kongsikan 7 petua untuk mudah ingat apa yang dipelajari. Dengan
menggunakan petua ini, anda boleh meningkatkan kebolehan anda untuk mengingat
sesuatu yang anda pelajari hingga 2-3 kali ganda. Bayangkan jika anda lebih
mudah ingat, apakah kesannya kepada pencapaian akademik dan keyakinan diri
anda?
Satu pesan saya, anda
perlu ingat, kebolehan yang ada dalam diri anda tidak terbatas. Apa yang
membataskan kebolehan anda adalah diri anda sendiri. Jika selama ini anda rasa
anda lemah dan sukar mempelajari sesuatu, hapuskan rasa dan kepercayaan begitu.
Mulakan hari ini dengan satu kepercayaan baru bahawa anda juga hebat seperti
mana-mana pelajar cemerlang yang lain.
-300914selasa510petang-
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Tonggak Dua Belas Kakitangan Awam
Tonggak Dua Belas Kakitangan Awam
1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemulian Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta
1. Menghargai Masa
Amalan Positif
-Menepati Masa
-Menyengerakan Tugas
-Mempunyai Perancangan Waktu
-Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi
-Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif
-Menetapkan Target Date
-Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan
Amalan Negatif
-Berbual-bual Kosong
-Tidak Menyenggarakan Tugas
-Tidak Merancangkan Pekerjaan
-Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan
-Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi
-Berniaga di Waktu Pejabat
-Ke Kantin Waktu Bertugas
-Tiada Sence Of Urgency
-Tidak Merancang Pekerjaan
-Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat
-Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
Amalan Positif
- Gigih, Rajin, Tekun, Sabar, Berdisiplin, Cekal dan bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak
rintangan.
- Bercita-cita tinggi
- Sanggup berkorban
Amalan Negatif
-Mudah tersinggung
-Mudah putus asa
-Tidak bercita-cita tinggi
-Disuruh buat baru buat
-Kurang berdisiplin
-Tidak bersemangat
-Tiada inisiatif
-Suka bertangguh
3. Keseronokan Bekerja
Amalan Positif
-Menggap kerja sebagai ibadat
-Mempunyai Inisiatif sendiri
-Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
-Sedia memberi kerjasama
Amalan Negatif
-Menganggap kerja sebagai beban
-Tidak diberi masa yang cukup
-Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
-Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
-Hanya menunggu arahan sahaja.
4. Kemulian Kesederhanaan
Amalan Positif
-Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
-Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
-Merendah diri
-Mesra dalam pergaulan
-Tidak memperagakan kemewahan
-Sedia menerima cadangan dan nasihat
Amalan Negatif
-Menonjol-nonjolkan diri
-Berlakuan mengada-ngada
-Berlebih-lebihan mengampu ketua
-Memperagakan kemewahan dan kedudukan
-Sombong dan meninggi diri
-Membesarkan perkara kecil
5. Ketinggian Peribadi
Amalan Positif
-Tertib dan baik budi bicara
-Berilmu dan berpengetahuan luas
-Berlumba-lumba membuat kebajikan
-Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan
-Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
-Bertanggungjawab -Bersih dari sifat dengki
Amalan Negatif
-Sombong dan suka menunjuk-nunjuk
-Sukar untuk membuat kebajikan
-Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
-Tamak mengejar pangkat dan kedudukan
-Menghina dan merendahkan usaha orang lain
-Hasad dengki
-Berpura-pura dalam tindakan
-Pemarah dan tidak sabar
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
Amalan positif
-Pemaaf dan berhemah tinggi
-Ikhlas dan bertimbang rasa
-Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
-Pemurah dalam usaha kebajikan
-Ramah,berbudi mulia
-Dan berkerjasama
-Boleh menerime teguran
Amalan Negatif
-Kasar dan kurang sopan
-Berdendam
-Bermuka-muka
-Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan
-Suka hina dan caci orang
-Sombong & penting diri sendiri
-Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan
7. Pengaruh Teladan
Amalan Positif
-Bermoral dan berakhlak tinggi
-Tertib dan beradap sepanjang masa
-Rajin dan kuat kerja
-Amanah dan bertanggungjawab
-Berbudi mulia serta merendahkan diri
-Gemar da cintakan ilmu yang bermanafaat
Amalan Negatif
-Buruk perangai
-Jahil dan tidak suka membaca
-Dengki dan buruk sangka
-Mempersendakan agama
-Kedekut
-Suka mencari helah untuk
mengelak tanggungjawab
-Sensitif dan pemarah
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
Amalan positif
-Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi
-Tekun dan sabar menjalankan tugas
-Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas
-Mementingkan kualiti
-Bersikap profesional dan cekap
-Cepat,cermat dan berdisiplin
-Inisiatif
Amalan Negatif
-Tidak boleh diharapkan
-Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas
-Tidak bersungguh-sungguh
-Tidak peka kepada kualiti
-Tidak taat kepada arahan
-Selalu buat silap
-Tidak ikut peraturan
-Suka bertangguh
9.Kebijaksanaan Berhemat
Amalan Positif
-Berhati-hati apabila berbelanja
-Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
-Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat
-Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan
-Tahu membezakan antara keperluan dengan
kemewahan
Amalan Negatif
-Boros dan suka membazir
-Tidak cermat dengan harta kerajaan
-Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
-Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
-Bermewah dengan harta kerajaan
-Memperaga kehebatan dan kemewahan
10. Keutamaan Kesabaran
Amalan Positif
* Tenang menghadapi masalah rumit
* Mempunyai perhitungan jauh
* Tahan menerima cabaran
* Tidak putus asa
* Pemaaf dan berhemah tinggi
* Cermat dalam tutur kata
Amalan Negatif
* Cepat mengalah
* Berpandangan sempit
* Tidak tahan menghadapi kesusahan
* Tidak sanggup berkorban
* Takutkan cabaran
* Selalu mengubah pendirian dan keputusan
11. Peningkatan Bakat
Amalan Positif
-Memberi dorongan terhadap kreativiti
-Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal
-Mengalakkan pencambahan fikiran
-Memberi galakan kepada pemikiran baru
-Berani mencuba idea-idea baru
-Mengenal dan memupuk bakat yang ada
-Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea baru
Amalan Negatif
* Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru
* Tidak menghargai bakat yang ada
* Memperkecilkan usaha orginal
* Berpuashati dengan tahap bakat yang ada
12. Nikmat Mencipta
Amalan Positif
* Berani mencuba
* Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan
masalah
* Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
* Sentiasa dalam cabaran intelektual
* Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan
Amalan Negatif
* Takut menemui kegagalan
* Memandang remeh usaha orang lain
* Berpuashati dengan kedudukan yang sedia ada
* Pemikiran tidak dinamik
* Tidak suka pembaharuan
* Tidak sabar dalam penciptaan baru
-270914sabtu1030pagi-
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan
Menjelang peperiksaan,
bermacam perasaan akan bermain di dalam diri anda. Kadang-kadang anda rasa
berdebar, kadang-kadang pula anda rasa gembira kerana penantian anda selama ini
akan berakhir. Walau apa pun yang anda rasakan, anda perlu sentiasa menaikkan
tahap motivasi anda untuk menghadapi peperiksaan.
Ada sahabat saya
seorang guru yang bergurau dengan saya dengan mengatakan, “Pelajar yang pergi
kursus motivasi ni, masa dalam kursus, semangat mereka panas membara. Mereka
berkobar-kobar hendak belajar dengan lebih tekun dan mahu mencapai kejayaan
yang selama ini nampak mustahil. Pendek kata, memang panaslah….
Tetapi, habis sahaja
kursus, dalam perjalanan balik ke rumah, bila dah kena angin yang bertiup,
terus je diorang sejuk. Belum sampai ke rumah lagi pun dah sejuk. Habis, macam
nak bersemangat untuk berusaha?”
Saya tergelak
mendengar celoteh sahabat saya ini. Bila difikirkan, ada betulnya. Kursus
motivasi boleh menaikkan semangat pelajar dengan cepat tetapi selalunya
cepat pula semangat mereka turun semula. Saya terfikir, mengapa ini terjadi?
Ada banyak sebab
mengapa ini terjadi. Tetapi satu sebab yang saya nampak dengan jelas ialah,
kursus motivasi sebenarnya bukan sahaja cuba menaikkan semangat pelajar ketika
kursus dijalankan, ia juga
selalunya membekalkan
teknik-teknik yang patut diamalkan agar pelajar sentiasa bersemangat untuk
berusaha. Teknik-teknik ini selalunya dikenali sebagai teknik untuk
memotivasikan diri sendiri.
Mungkin pelajar
terlupa akan kepentingan teknik ini. Mungkin juga pelajar gagal mendisiplinkan
diri untuk mencuba teknik-teknik tersebut. Apa yang pasti, motivasi bukan
sahaja datang daripada luaran tetapi yang lebih penting ialah yang datang dari
dalam diri pelajar itu sendiri. Di dalam buku ini saya akan bincangkan 7 teknik
untuk memotivasikan diri anda sendiri menjelang peperiksaan.
Teknik 1
Kekalkan Imej Kejayaan
Teknik utama yang saya
ingin kongsikan ialah jika anda mahu mengekalkan semangat yang membara dalam
diri anda untuk berjaya, anda mestimengekalkan imej kejayaan di dalam minda anda. Seperti yang anda
tahu, minda anda hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja pada satu masa.
(There could be only one dominant thought at one time).
Jadi, apa yang selalu
anda kekalkan dalam fikiran anda selepas anda menghadiri kursus atau membaca
buku-buku motivasi? Kebanyakan pelajar yang hilang fokus dan semangat menjelang
peperiksaan telah hilang fokus kepada imej kejayaan di dalam minda mereka.
Jadi, mulai hari ini,
fikirkan, apakah imej kejayaan yang anda ingin isi dalam minda anda? Mungkin
anda boleh bayangkan imej kejayaan ketika mengambil keputusan peperiksaan.
Mungkin juga anda boleh pergi jauh lagi dengan membayangkan imej kejayaan
ketika anda sudah memasuki alam pekerjaan.
Untuk pengetahuan anda
juga, imej kejayaan di masa akan datang tidak semestinya menjadi seorang ahli
korporat. Anda boleh jadi apa sahaja. Cuma, walau apa-apa pun kerjaya yang anda
pilih, pilih untuk jadi professional, maksudnya, jadi yang terbaik.
Jadi, latihan untuk
hari ini, fikirkan apa imej yang anda ingin kekalkan di dalam minda anda untuk
terus rasa bersemangat. Ingat, jika anda tidak memilih untuk mengisi minda anda
dengan imej yang memberikan semangat, ia akan diisi dengan imej yang akan
menjatuhkan anda. Selamat mencuba.
Teknik 2
Dekati Sahabat
Berfikiran Positif
Mengekalkan imej yang
positif atau imej kejayaan selalunya adalah sesuatu yang sukar. Terlalu banyak
perkara negatif disekeliling anda yang boleh mempengaruhi apa yang anda
fikirkan. Pada pendapat anda, secara umum, minda pelajar lebih
mudah diisi dengan unsur-unsur negatif atau positif……..????
Jawapannya tentulah
unsur negatif. Ini kerana, anda perlu berusaha secara sedar untuk
meletakkan unsur positif dalam minda anda. Jika anda tidak ada usaha untuk itu,
secara otomatik, unsur negatif akan memenuhi minda anda. Ada pepatah yang
mengatakan bahawa, minda adalah umpama sebuah taman. Jika taman itu tidak
ditanam dengan pokok-pokok bunga, lalang dengan sendirinya akan tumbuh.
Begitu juga dengan
minda anda. Jika anda tidak berusaha memenuhkan minda anda dengan
perkara-perkara yang baik dan positif, ia akan dengan sendirinya dipenuhi
dengan perkara-perkara negatif dan tidak baik.
Jadi, tips kedua ini
ialah, dalam usaha anda mengekalkan imej kejayaan dan positif dalam minda anda
supaya sentiasa bersemangat, anda perlu bergaul dengan pelajar lain yang
juga berfikiran positif dan bersemangat untuk berjaya. Ada Hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan
bahawa kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, badan kita juga akan
berbau harum.
Jadi, cari pelajar
lain atau kawan anda sendiri yang selalu bersemangat berusaha untuk berjaya.
Luangkan masa bersama mereka. Ikut langkah mereka dalam belajar dengan bijak.
Berkongsi pendapat dan ilmu bersama mereka tentang cara terbaik untuk mencapai
matlamat anda untuk peperiksaan. Insyaallah, anda akan berjaya. Selamat mencuba.
Teknik 3
Jauhi Sahabat
Berfikiran Negatif
Sama seperti teknik
kedua, jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan dalam minda
anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya,
anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri
daripada pelajar-pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising
dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka.
Apabila saya katakan
menjauhkan diri, ia tidak bermaksud anda memutuskan persahabatan dengan
sahabat-sahabat anda ini. Ia bermaksud anda perlu kurangkan masa bergaul dengan
mereka dan jauhkan dari mengikuti aktiviti-aktiviti mereka yang membuang masa.
Ada satu pepatah
Inggeris yang mengatakan bahawa, “Jika anda mahu terbang bersama helang di
langit, anda tidak boleh terus mencakar bersama ayam di tanah”.
Selalunya kawan-kawan
yang berfikiran negatif akan melemahkan dan menjatuhkan semangat anda.
Contohnya, jika anda ceritakan kepada mereka bahawa anda bercita-cita untuk
mendapat 5A dalam peperiksaan, mereka mungkin akan ketawa dan berkata bahawa
anda tidak mungkin berjaya sebegitu. Ini pasti melemahkan semangat anda.
Kawan-kawan anda yang
berfikiran negatif juga selalunya mudah berputus-asa. Mereka tidak mahu
berusaha untuk berjaya kerana ia amat sukar dilakukan. Jadi, mereka mula
berputus-asa. Apa yang tidak bagus ialah, mereka juga mungkin akan mempengaruhi
anda untuk berputus-asa.
Firman Allah dalam surah Yusuf, ayat 87, “….dan janganlah kamu
berputus-asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiadalah yang berputus-asa dari
rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”
Jadi, jauhi
kawan-kawan yang bersifat negatif dan mudah berputus-asa. Ingat, saya kata
jauhi, bukan putuskan hubungan persahabatan dengan mereka.
Teknik 4
Mulakan dengan api
yang kecil
Teknik motivasi diri
menjelang peperiksaan yang keempat ialah, mulakan dengan api semangat yang
kecil dan biar ia merebak menjadi api semangat yang berkobar-kobar. Biar saya
terangkan dengan lebih lanjut.
Ada dua kaedah utama
untuk menyalakan api semangat yang kecil ini.
1. Menguasai satu
bahagian kecil subjek
2. Mencari faktor atau
perkara yang boleh menyalakan api semangat yang kecil itu.
Kaedah pertama
Biasanya, anda tidak
bersemangat tentang suatu subjek kerana anda tidak pandai dalam subjek
tersebut. Jika anda tidak pandai Bahasa Inggeris, pasti anda tidak suka subjek
itu. Kalau ada masa lapang, anda pasti akan ulangkaji subjek yang anda lebih
suka dan pandai, bukan subjek bahasa Inggeris. Untuk menaikkan minat dan
motivasi anda terhadap matapelajaran yang anda tidak pandai ini ialah, pilih
hanya satu bahagian kecil yang boleh anda kuasai.
Anda tidak boleh
kuasai Bahasa Inggeris dengan sekelip mata. Anda tahu banyak benda yang anda
tidak tahu, jadi ini akan melemahkan semangat anda. Jadi, apa yang patut anda
buat sekarang, cari satu bahagian kecil dalam Bahasa Inggeris yang anda mahu
kuasai. Contohnya, anda mahu kuasai perkara asas dahulu, apakah perbezaan
antara Noun dan Verb. (jika anda rasa ini mudah, jangan terkejut
jika saya kata saya jumpa terlalu ramai pelajar walaupun sudah disekolah
menengah tidak tahu beza dua perkara ini).
Fahami betul-betul apa
maksud noun dan verb ini. Cari perbezaan mereka. Cari
perkataan-perkataan yang dikatakan verb dan juga noun. Pendek kata, belajar betul-betul sampai anda nampak 2 perkara
ini mudah sahaja. Ini yang saya maksudkan dengan bermula dengan api semangat
yang kecil.
Apabila anda sudah
menguasai sesuatu walaupun ia kecil sahaja, ia adalah satu api semangat yang
telah mula menyala dalam diri anda. Percayalah bahawa, setelah api semangat
yang kecil ini telah menyala, anda akan rasa lebih berminat untuk menambahkan
apa yang anda tahu. Jadi anda kuasai bahagian lain pula.
Semakin banyak yang anda
kuasai, semakin besar nyalaan api semangat ini. Keyakinan diri anda akan
bertambah. Penguasaan anda terhadap subjek juga akan bertambah. Apabila api ini
sudah cukup besar dan menyala dengan begitu berkobar-kobar, insyaallah saya
percaya anda akan kecapi kejayaan yang anda idam-idamkan.
Kaedah kedua
Untuk anda menyalakan
api kecil itu, anda boleh lakukan bukan sahaja dengan menguasai bahagian kecil
dalam mana-mana subjek, tetapi dengan mencari apakah perkara yang boleh
menyalakan api kecil dalam diri anda itu. Maksudnya begini. Pernahkah anda
sedang buat sesuatu seperti menonton televisyen, bermain bolasepak,
berjalan-jalan, membeli belah atau berehat, tiba-tiba sahaja anda rasa semangat
anda untuk belajar meningkat. Anda jadi bersemangat dengan tiba-tiba.
Apabila itu berlaku,
anda terus rasa rajin untuk belajar dan mengulangkaji. Apa yang berlaku ini
ialah api semangat yang kecil itu telah menyala. Ia tidak menyala dengan
sendiri, tetapi sesuatu yang anda lakukan telah menyalakannya.
Tugas anda hari ini ialah
untuk mencari apakah aktiviti yang anda lakukan yang boleh menyalakan api
semangat dalam diri anda ini. Ia tidak semestinya anda mesti baca buku.
Jika anda tanya saya,
api semangat dalam diri saya selalunya menyala jika saya menonton movie yang
berkisahkan kehebatan manusia seperti kisah Ejen rahsia yang hebat seperti ‘The
Bourne Identity & The Bourne Supremacy’ dan beberapa cerita fantasi lain.
(Malu pula saya hendak nyatakan filem-filem fantasi berasaskan komik yang saya
minati )
Apabila saya menonton
cerita begini, saya rasa bersemangat melihat kehebatan watak-watak dalam cerita
itu. Ini secara langsung menyalakan api kecil dalam diri saya. Jadi, setiap
kali saya hilang semangat dan memerlukan api kecil itu, saya akan pasang vcd
movie yang saya minat tadi.
Bagaimana dengan anda?
Apakah aktiviti begini untuk anda? Saya perlu ingatkan bahawa pada mulanya agak
sukar untuk mencari aktiviti ini tetapi jika anda teruskan usaha dan membuka
mata dan minda anda, insyaallah anda akan jumpa.
Satu peringatan yang
perlu saya berikan ialah, apabila anda sudah menemui aktiviti yang boleh
menaikkan semangat anda atau boleh menyalakan api semangat dalam diri anda,
jangan lakukan aktiviti tersebut secara berlebihan. Setiap perkara yang
dilakukan berlebihan akan membawa kesan yang tidak baik.
Contohnya, mungkin
anda rasa anda perlu bermain permainan komputer untuk membuat anda rasa
bersemangat untuk belajar. Tidak mengapa. Tetapi, jangan sampai anda terlalu
asyik bermain permainan komputer hingga anda lupa bahawa tujuan anda bermain
itu adalah untuk menaikkan semangat untuk belajar, bukan untuk terus bermain.
Teknik 5
Lakonkan Watak
Kejayaan
Teknik yang kelima in
adalah agak penting. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, jika anda
hendak mengekalkan motivasi diri, anda perlu mengekalkan imej kejayaan dan imej
positif di dalam diri anda. Salah satu cara mudah untuk mencapai perkara ini
ialah dengan berlakon. Ya, berlakon!
Apa yang perlu anda
buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon seolah-olah
anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia. Apabila hendak berlakon,
anda perlu buat betul-betul seperti orang berlakon.
Anda perlu duduk
seperti pelajar pintar, anda perlu buat memek muka seperti pelajar pintar, dan
bergerak juga seperti pelajar pintar. Bagaimana pelajar pintar lakukan semua
itu? Anda cuma perlu bayangkan sahaja kalau seseorang itu pelajar pintar,
bagaimana agaknya cara mereka lakukan semua perkara tadi.
Berlakon yang anda
juga adalah seorang pelajar pintar yang paling bersemangat semasa belajar.
Berlakon seperti anda betul-betul berseronok dan gembira semasa anda belajar
dan mengulangkaji.
Mengapa perlu
berlakon?……… Sebabnya, otak anda tidak dapat membezakan sama ada berlakon atau
betul-betul rasa seronok dan pintar semasa belajar. Jadi, bila anda berlakon
seperti pelajar pintar, pergerakan tubuh anda akan berubah jadi seperti pelajar
pintar dengan sendirinya. Tetapi yang lebih hebat, pemikiran anda akan jadi
lebih lancar dan lebih mudah untuk memahami sesuatu. Pendek kata, anda
betul-betul jadi pelajar pintar.
Saya faham, selalunya
tidak lama anda boleh kekalkan berlakon begini. Tidak mengapa. Ada yang
bertahan selama 10 minit. Ada yang lebih. Tetapi buat teknik ini setiap kali
anda mahu belajar. Lama- kelamaan anda akan bertahan lebih lama. Beri sedikit
masa sahaja lagi, insyaallah anda akan kekal berfikiran seperti seorang pelajar
paling pintar di Malaysia.
Anda juga perlu ingat
bahawa melakonkan watak kejayaan adalah satu kemahiran. Setiap kemahiran
memerlukan latihan dan pengulangan. Sama seperti belajar menunggang basikal di
mana anda perlu terus berlatih hingga anda berjaya menunggang tanpa jatuh, anda
juga perlu berlatih melakonkan watak kejayaan hingga anda rasa selesa dan
percaya sebenar-benarnya bahawa anda adalah orang yang berjaya. Selamat mencuba.
Teknik 6
Kurangkan Tekanan
Perasaan
Peperiksaan sudah
semakin hampir. Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan? Letih? Gementar? Atau
anda rasa gembira kerana debaran sepanjang tahun ini akan berakhir tidak lama
lagi?
Merasa gementar atau
tertekan adalah perkara biasa. Namun perkara biasa ini boleh menjadi luar biasa
jika anda tidak boleh mengawalnya. Sewaktu saya mengambil peperiksaan SPM pada
tahun 1993, ada dua pelajar daripada sekolah saya yang tidak dapat mengambil
peperiksaan. Mereka tidak sihat secara mental dan saya percaya ia disebabkan
oleh tekanan menghadapi peperiksaan.
Soalan saya, apakah kesan tekanan menghadapi peperiksaan ini ? Maksud saya, apakah kesan-kesan yang
anda boleh lihat akibat tekanan perasaan?
Tuliskan 10 jawapan
anda di atas kertas. Saya beri masa 3 minit untuk anda menulis kesan-kesan
tekanan perasaan itu………… (3 minit dari sekarang……………..)
(……..anda sudah
tulis….? Jangan sambung baca selagi anda belum tulis…. nanti anda tidak dapat
faham apa yang saya ingin sampaikan dalam mesej ini.)
Baiklah. Apa yang ada
dalam senarai anda? Antara kesan-kesan yang biasa pelajar tulis ialah pening
kepala, tumbuh jerawat, cepat marah, hilang mood, hilang selera
makan,(bertambah selera makan pun ada ), sakit perut, sakit hati, hilang
tumpuan, rasa nak pengsan, benci tengok kawan, benci tengok muka guru, benci
tengok muka sendiri, dan macam-macam lagi perkara yang negatif. Ada tak
contoh-contoh ini dalam senarai anda?
Baiklah. Satu lagi
soalan saya, dalam senarai anda, ada tak kesan yang positif atau kesan yang
baik? Hmm…. selalunya, saya tidak pernah tengok pelajar tulis kesan yang baik
bila ditanya tentang kesan tekanan perasaan. Padahal, memang ada kesan yang
baik.
Apakah kesan baik
tentang tekanan perasaan? Saya akan bagi ‘pembayang’. Kesan positif tekanan
perasaan ada kaitan dengan orang yang membuat senaman angkat berat. Apa agaknya
ya? Fikirkan…….
Dapatkah anda meneka
apakah kesan baik tekanan perasaan kepada kita? Baiklah, saya akan terangkan
dulu apa kesan membuat latihan angkat berat.
Katakan Ali berlatih
angkat berat dan dia mengangkat besi seberat 20 kg beberapa kali hingga dia
tidak mampu mengangkatnya. Besi yang berat ini memberi tekanan kepada otot-otot
tangan Ali. Keesokan harinya, tangan Ali akan terasa sakit. Ini disebabkan otot-otot
pada tangan Ali telah rosak disebabkan tekanan tadi.
Satu perkara yang
hebat mengenai manusia ciptaan Allah, jika otot-otot kita rosak disebabkan
tekanan benda berat tadi, ia akan digantikan dengan yang BARU, LEBIH BESAR dan
LEBIH KUAT.
Ini bermakna, apabila
Ali sudah hilang rasa sakit, kekuatan tangannya akan bertambah. Sebab itulah
sebenarnya jika mula-mula kita angkat beg sekolah kita rasa berat, tapi lama
kelamaan kita rasa biasa sahaja. Ini kerana kekuatan kita telah bertambah.
Begitu juga dengan
tekanan perasaan. Tekanan perasaan membuat kita pening kepala, sakit perut,
rasa nak muntah dan sebagainya. Tetapi kalau kita sabar, hadapi tekanan itu
dengan rasa yakin bahawa ia akan membuat kita lebih hebat, insyaallah kita akan
jadi lebih matang dan bijak. Kita buat soalan matematik contohnya dan rasa
pening, jika kita sabar dan hadapi tekanan itu dengan tenang, kita akan rasa
bahawa soalan matematik tidak lagi memberi tekanan perasaan kepada kita. Ia
seolah-olah kita sudah menjadi semakin kuat.
Firman Allah dalam Al-Quran, surah Al-Insyirah: Ayat 5-8,
“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya
tiap-tiap kesukarandisertai kemudahan. Bahawa
sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertaikemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan), maka
bersusah payahlah (mengerjakan yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah
engkau bermohon.”
Sabda Rasulullah S.A.W., “…dan ketahuilah bahawa kemenangan itu
akan terhasil sesudah kesabaran, dan kelapangan itu
akan muncul sesudah kesusahan. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu
sentiasa akan timbul kesenangan.” (Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah dan sabda
Rasulullah ini sahaja sudah cukup untuk memberi kita ketenangan kerana sudah
ada jaminan bahawa setiap kesukaran dan kesulitan yang kita lalui pasti akan
diberi ganjaran lain dalam bentuk kesenangan dan kemudahan.
Jadi, sebagai langkah
permulaan, ingat satu perkara ini. Jika anda rasa tertekan, percaya bahawa
apabila anda susah melaluinya anda akan jadi lebih bijak dan matang dan anda
akan lebih mempunyai peluang untuk berjaya di dalam pelajaran atau dalam hidup.
Kaedah-keadah mengurangkan tekanan perasaan
Setelah kita tahu
bahawa tekanan perasaan sebenarnya membawa kebaikan kepada kita jika kita dapat
mengawalnya dengan baik, kita akan rasa lebih tenang. Anda akan rasa tenang
kerana anda tahu, tekanan perasaan itu akan berakhir dan apabila ia berakhir,
anda akan jadi lebih bijak dan matang.
Saya ingin kongsikan
satu teknik lain untuk mengurangkan tekanan perasaan. Teknik ini saya namakan
mencari ‘masa aktif’.
Salah satu sebab anda
merasa tertekan ialah kerana anda penat. Apabila anda penat, anda tidak boleh
menumpukan perhatian kepada apa yang anda belajar. Apabila anda tidak boleh
menumpukan perhatian, anda tidak faham. Apabila anda tidak faham, anda rasa….
TERTEKAN!
Mencari masa aktif
bermaksud, anda perlu mengenal pasti pada waktu bila kah anda paling aktif?
Maksud saya, dalam sehari, pada waktu mana fikiran anda paling cergas? Ada
pelajar yang cergas di waktu pagi dan ada pelajar yang cergas di waktu malam
dan ada di waktu petang. Jika anda belajar sewaktu minda anda cergas dan tubuh
badan anda rasa segar, anda lebih mudah faham apa yang anda pelajari.
Disebabkan anda sedang cergas, anda juga tidak akan mudah rasa tertekan. Jadi,
kenal pasti waktu mana yang sesuai untuk anda belajar. Kenal pasti, bilakah
‘masa aktif’ anda itu.
Ada satu peringatan.
Jika masa aktif anda adalah pada waktu malam, anda perlu berhati-hati supaya
jangan membuat aktiviti yang terlalu berat pada waktu siang. Aktiviti berat
seperti bermain bola selama 2 jam di waktu petang hingga anda hilang semua
tenaga simpanan yang perlu digunakan pada waktu malam. Sama juga jika masa
aktif anda ialah pada waktu pagi. Jangan tidur terlalu lewat jika anda suka
belajar pada waktu pagi. Ini akan mengganggu masa aktif anda itu.
Pernahkah anda merasa
begitu tertekan hingga tidak boleh tidur dan tidak boleh makan? Ingat semula
pengalaman itu. Cuba ingat, bagaimana cara anda berdiri, bagaimana cara anda
duduk dan bagaimana memek muka anda ketika anda merasa tertekan? Ingat?
Bagus. Jika anda
hendak tahu, anda boleh mengurangkan rasa tekanan dengan hanya mengubah cara
anda berdiri, duduk dan juga menukar memek muka anda. Sekarang, jika anda rasa
tertekan, cuba berdiri tegak. Tarik nafas dalam-dalam. Tinggikan kedudukan dada
anda seolah-olah anda baru menang satu anugerah dan anda merasa sangat bangga.
Senyum. Senyum sampai nampak semua gigi anda. Apa yang anda rasa sekarang?
Lebih baik kan? Ini adalah teknik ‘Fisiologi’ untuk mengurangkan tekanan
perasaan.
Teknik ini adalah
mudah. Ia mengatakan bahawa anda boleh mengubah apa yang anda rasa dengan hanya
mengubah cara pergerakan tubuh badan anda. Mari kita cuba sekali lagi. Katakan
anda hendak pergi ke meja anda untuk belajar. Buku-buku anda telah siap
tersedia di atas meja. Cuba jalan perlahan-lahan dengan muka yang ‘monyok’
(boleh guna ke perkataan ni ) Kalau tak faham monyok, buat muka ketika
anda sangat kecewa. Jalan dengan langkah yang berat seolah-olah ada rantai di kaki
anda dan anda tidak larat nak berjalan dengan tegak.
Apa yang anda rasa?
Berat dan malas kan? Untuk mengatasinya, buat perkara sebaliknya. Berjalan
dengan gagah dan buat muka riang gembira macam anda baru menang hadiah cabutan
bertuah. Apa anda rasa? Bukan sahaja anda akan rasa lebih cergas, anda
juga akan kurang merasa kesan tekanan perasaan yang melanda.
Jadi, ubah pergerakan
anda dan ubah memek muka anda untuk mengurangkan tekanan perasaan yang anda
rasa.
Mutiara Kata
Manusia amat
memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Untuk dia
dilihat sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain.
Sebagaimana air dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang
mengalir, jika kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya. ~Dr. HM Tuah, ‘Nak
ke Tak Nak’~
Seperti yang telah
kita bincangkan tadi, tekanan boleh membawa kesan positif kepada hidup kita
dengan syarat kita sabar dan hadapinya dengan tenang. Dr. Tuah ada
menerangkan konsep ini dengan menarik melalui buku beliau Nak ke Tak Nak.
Adalah satu idea yang bagus jika anda mendapatkan buku ini.
Satu lagi kaedah yang
ingin saya kongsikan disini ialah teknik pernafasan. Ada pelbagai jenis teknik
pernafasan yang ada tetapi saya ingin kongsikan satu teknik pernafasan yang
diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang pakar Sophrology di Amerika Syarikat
(jangan risau jika anda tidak tahu apa maksud sophrology). Ini adalah teknik
pernafasan beliau untuk menghilangkan tekanan perasaan.
Mula-mula berdiri.
Jarakkan kaki anda lebih kurang selebar bahu anda. Tarik nafas melalui hidung
anda dan bayangkan yang anda sedang menyedut udara dari ibu jari kaki anda dan
ia memenuhi sebiji belon besar di dalam perut anda. Lakukan proses ini selama 8
saat. (tarik nafas selama 8 saat perlahan-lahan).
Kekalkan belon besar
itu di dalam perut anda selama 4 saat.
Kemudian, kempiskan
belon itu perlahan-lahan selam 8 saat.
Kemudian biarkan belon
itu kosong selama 4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan fikirkan apa-apa.
Kemudian ulang semula
proses ini dari awal 4 – kali. Insyaallah anda akan rasa lebih tenang dan kadar
tekanan perasaan itu akan menurun.
Selamat
mencuba.
Teknik 7
Doa
Tips ketujuh untuk
motivasi diri menjelang peperiksaan yang ingin saya kongsikan hari ini adalah
teknik yang paling penting dan meliputi semua teknik-teknik yang telah saya berikan.
Jangan fikir ini teknik terakhir maka ia tidak penting! Saya letakkan teknik
ini di bahagian teknik paling akhir kerana anda perlu faham teknik pertama
hingga keenam dahulu sebelum anda boleh kuasai teknik ke tujuh ini. Teknik ini
ialah doa yang khusus.
Sepanjang pengalaman
saya dan rakan-rakan saya sebagai pelajar dulu, kami percaya doa adalah satu
senjata paling hebat yang dimiliki oleh seorang pelajar. Jika anda tidak
bersemangat, mungkin ia kerana anda kurang berdoa. Jika anda selalu berdoa
tetapi tidak masih kurang bersemangat, mungkin ia kerana doa anda tidak
memenuhi ciri-ciri yang diperlukan.
Hari ini, saya berikan
lima perkara asas dalam melafazkan doa. Asas ini saya pelajari daripada ustaz
saya semasa saya berada di Tingkatan 1 dulu. (Lama dah tu ) Perkara asas
ini seperti lima jari anda.
Setelah anda tahu 5
asas dalam melafazkan doa, anda perlu tahu bagaimana cara melaksanakan doa
supaya anda kekal bersemangat dan mula menuju ke arah matlamat anda. Kebanyakan
pelajar tidak tahu 5 asas yang saya berikan semalam. Bagi pelajar yang tahu 5
asas doa itu pula tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk melaksanakannya.
Ada 5 langkah lagi
untuk melaksanakan doa (Fuhh!! banyak betul langkah ni. Harapnya anda belum
penat lagi )
Langkah satu
Kenal pasti apa yang
anda mahukan sejelas-jelasnya. Saya sedar kebanyakan pelajar berdoa dengan doa
yang sudah dihafal. Doa-doa yang ada dalam buku semuanya bagus jika anda baca.
Namun saya percaya adalah bagus juga jika anda membaca doa anda sendiri, iaitu
apa yang anda inginkan dalam ayat anda sendiri. Apabila anda guna ayat sendiri,
anda lebih faham apa yang anda minta, anda rasa lebih selesa dan lebih jelas
tentang apa yang anda mahu. Jadi, mula tulis doa menggunakan ayat anda sendiri.
Langkah kedua
Lafazkan doa anda.
Anda boleh lafaz dalam hati tetapi bagus lagi jika anda lafazkan dengan suara.
Tidak perlu suara yang kuat. Cukup untuk telinga anda mendengar suara anda sendiri
sahaja. Ingat, lafazkan doa dalam bentuk positif. Jangan doa “Aku tidak mahu
gagal lagi”. Jika anda doa begini, perkataan gagal akan memenuhi minda anda dan
itulah selalunya yang akan muncul dalam hidup anda. Lafaz “aku berjaya dalam
peperiksaan UPSR dengan 5A….”
Langkah ketiga
Bayangkan apa yang
anda doakan. Jika anda berdoa untuk mendapat 5A dalam peperiksaan, bayangkan
bagaimana agaknya reaksi anda ketika anda mengambil keputusan peperiksaan dan
anda melihat keputusan 5A dalam kertas keputusan peperiksaan anda. Bayangkan
situasi itu semua dengan jelas.
Langkah keempat
Rasakan apa yang anda
bayangkan tadi. Maksud saya, jika anda bayangkan diri anda mendapat 8A dalam
peperiksaan, apakah agaknya perasaan anda ketika itu? Adakah anda rasa terlalu
gembira hingga anda menangis? Adakah anda akan rasa begitu gembira hingga anda
melompat-lompat di tempat mengambil keputusan peperiksaan itu? Itu semua
terpulang kepada anda. Tetapi, semakin kuat apa yang anda rasakan, semakin kuat
juga kemungkinan untuk doa anda itu termakbul.
Langkah kelima
Yakin dengan izin
Allah bahawa doa anda itu akan termakbul. Setelah anda berusaha dengan
bersungguh-sungguh, hasil dikemudian hari adalah berlaku di atas izin Allah.
Anda perlu bertawakkal dan dalam masa yang sama rasa yakin bahawa doa anda ini
akan termakbul.
Selamat berdoa.
Kesimpulan
Alhamdulillah dan
tahniah kerana anda telah habis membaca buku ini. Saya ada sebut dalam beberapa
artikel dilaman web saya bahawa, tidak banyak orang yang membaca buku di negara
kita, dan daripada sejumlah yang membaca buku pula, tidak banyak yang membaca daripada
awal hingga akhir.
Dengan menghabiskan
bacaan buku mini ini, anda telah meletakkan diri anda sebaris dengan para
pemimpin dan orang-orang yang berjaya di dunia ini. Bak kata pepatah Inggeris,
pemimpin adalah pembaca, dan pembaca adalah pemimpin.
7 Teknik yang saya
kongsikan di dalam ebook ini mungkin nampak mudah. Namun, jangan terlalu
memandang remeh akan teknik-teknik ini. Anda sebenarnya tidak perlu membaca
beratus-ratus buku atau menghadiri berpuluh-puluh seminar untuk jadi pelajar
yang berjaya dan cemerlang. Jika anda pandai menghargai ilmu yang ada
disekeliling anda, ilmu yang paling kecil pun akan membantu anda untuk berjaya
di suatu hari nanti.
Saya ucapkan selamat
berjaya kepada anda semua. Insyaallah, jika ada rezeki, mungkin kita akan bertemu
suatu hari nanti.
SELAMAT BERJAYA.
USAHA TEKUN JAYA.
-230914selasa1130malam-
-230914selasa1130malam-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan