Rabu, 3 September 2014

Sejarah Sekolah

             Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, Kemaman pada mulanya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Kuala Kemaman, telah diasaskan pada tahun 1929 dengan nama  Sekolah Melayu Kuala Kemaman. Kampung Kuala Kemaman ialah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pinggir pantai menghadap Laut Cina Selatan di negeri Terengganu Darul Iman. Bangunan sekolahnya  didirikan berhampiran dengan   kawasan pantai.
                  Pada permulaan sekolah ini dibuka, jumlah keseluruhan pelajarnya yang seramai 162 orang adalah kebanyakannya terdiri daripada anak-anak  nelayan. Pada tahun 1970-an, bangunan baru sekolah ini telah didirikan di atas tanah seluas 4.97 hektar iaitu kira-kira 3 km yang dialihkan tapaknya ke Kampung Geliga. Tapak baru ini juga adalah di pinggir pantai Kemaman menghadap Laut Cina Selatan.
                  Pada tahun 1980, sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu. Dengan berlakunya kepesatan pembangunan dan perumahan di Kampung Geliga dan kawasan sekitarnya, pada tahun 1993 murid-murid sekolah ini telah meningkat seramai 1411 orang, mempunyai seramai 65 tenaga pengajar dan 3 orang kakitangan sokongan.
                 Pada 01 Disember 1994, Sekolah Kebangsaan Kuala Kemaman telah bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Geliga. Majlis perasmian nama baru sekolah telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Hj. Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar negeri Terengganu Darul Iman.  Perasmian ini diadakan pada 20 April 1996 bersamaan 01 Zulhijah 1416 pada hari Sabtu.
           Selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin menjadikan semua sekolah di negara ini beroperasi satu sesi persekolahan, pada tahun 2004 kerajaan telah membina dua blok bangunan tambahan baru bagi sekolah ini yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Dengan pertambahan bangunan ini, Sekolah Kebangsaan Seri Geliga telah dapat beroperasi persekolahan satu sesi.

7 ulasan:

  1. Nak tanya. SKSG ni sekolah yang pertama dibina di Kemaman ke ?

    BalasPadam
  2. sekolah zaman kanak2 ni byk kenangan di sini dpt no 1 darjah 2 khusus dapat no last darjah 4khusus...1989-1994 in memory.. #TUKANGKATE

    BalasPadam
  3. Rindu zmn kanak2 sek kat sini.dulu nama sekolah kebangsaan kuala Kemaman...1985-1990

    BalasPadam
  4. Aku sekolah Kuala Kemamang...1970-1976.

    BalasPadam
  5. Aku sekolah Kuala Kemamang...1970-1976.

    BalasPadam
  6. Rindunyeee sekoloh geliga.. 1khusus 2naim 3aman 4iman 5amanah 6amanah 1993/1999

    BalasPadam